" Sesiapa yang menziarahi kuburKu tetaplah beroleh syafa'atKu"
"Sesiapa yang datang mengerjakan haji tetapi tidak datang menziarahiKu, maka sesungguhnya
ia renggang dariKu"(bencikan aku)
Demikianlah sabda-sabda Baginda RasulullahSAW yang menarik minat kita untuk berziarah ke Madinah menziarahi Makam Rasulullah saw dan bersembahyang di dalam masjidnya.Siapakah yang tak sudi menerima syafa'at Rasulullah di akhirat nanti? Siapakah umat Muhammad yang mahu dipandang benci oleh rasulnya?
Ketika anda melihat Masjid Nabawi itu dan bersembahyang di dalamnya, tahukah anda sejarah masjid itu apa-apa cerita yang menarik mengenainya?
Sejarahnya bermula......................
Sejarahnya bermula apabila kesampaian Nabi dari Makkah ke desa Quba'(hijrah). Usia Nabi ketika itu 53 tahun setelah 13 tahun menjadi Rasul.Peritiwa bersejarah yang amat penting ini berlaku dalam thn 622 masihi. Nabi tiba di Madinah dalam bulan Rabiul Awal tahun pertama Hijrah.
Nabi sampai di Quba' bersama sahabatnya Sayidina Abu Bakar dan bekas hambanya setelah mengharungi lautan padang pasir selama 7 hari 7 malam.
Setelah mendirikan masjid di desa Quba' itu, yang kemudiannya dikenali sebagai masjid pertama dalam Islam. Nabi meneruskan perjalanannya menuju ke Madinah (sebelumnya bernama Yasrib) dengan diiringi ratusan penduduk desa Quba'. Apabila sampai di sebuah Wadi(lembah) kebetulan masuk waktu zuhur dan berbetulan pula hari Jumaat.Maka Nabipun memerintahkan pengikutnya bersembahyang Jumaat. Sebelum bersembahyang Jumaat Nabi berkhutbah.Itulah khutbah kali pertama sembahyang Jumaat dan khutbah dilakukan dalam sejarah Islam.Selepas sembahyang Jumaat Nabi meneruskan perjalanan ke Madinah.
Ketika Nabi masuk ke kota Madinah ramai yang menuggu dan menggalu-alukannya.
Beberapa orang datang berebut-rebut menarik tali unta Nabi dan semuanya mengajak Nabi singgah menumpang atau menetap di rumah mereka.Melihat itu nabi tersenyum dan menolak dengan baik sambil berkata "biarlah unta ini berjalan kemana dia suka, kerana ia sudah ditugaskan........"
Unta Nabi tiba-tiba berhenti di hadapan rumah Bani Ardi Bin Ibnu Najjar Nabi pun bersabda "agaknya di rumah inilah tempat tinggalku di Madinah". Dengan kehendak Allah rupanya Bani Ardi itu masih ada hubungan keluarga dengan Nabi sebelah ayahnya.Kebetulan di hadapan rumah Bani Ardi itu terletak rumah Abi Ayub Al-Ansari. Di rumah Abi Ayub inilah Nabi menumpang tinggal selama 12 hari.
Selama Nabi menumpang di rumah Abi Ayub,ramailah penduduk Madinah datang berziarah beramah mesrasalah seorangnya bernama Abu Umamah Sa'ad b.Zurarah yang berkerabat dengan dua anak yatim bernama Sahal dan Suhail bin Amru. kedua anak yatim tersebut ada sebidang tanah yang ditawarkan oleh Umamah sebagai hadiah kepada Nabi jika Nabi berhajat hendak mendirikan masjid.
Nabi enggan menerima tawaran itu kerana tanah itu kepunyaan anak-anak yatim,bukan kepunyaan Umamah.Sebaliknya Nabi mencadangkan supaya tanah itu dijual kepadanya berharga 10 dinar dan wang itu diberikan kepada anak-anak yatim itu. Setelah di dirikan masjid diberi nama Masjid Nabawi
Untuk mendirikan masjid tersebut Nabi sendiri menjadi jurubinanya beserta pengikut2nya yang sekian ramai. Nabi sendiri mengangkat tanah,pasir batu dan bersama bergotong-royong.perbuatan Nabi menjadi buah mulut para penduduk, pembesar serta orang-orang kaya.Masjid Nabawi telah dapat disiapkan dalam masa yang singkat kira2 12 hari.Tetapi keadaannya sangat sederhana bahan-bahannya dari apa yang ada disekelilingnya ,tiang-tiangnya dari pohon kurma,pasir bercampur kapur dan batu-batu merah dari gunung-ganang berdekatan.Disini jualah didirikan bilik2 untuk kedua isteri nabi yaitu Saudah dan Aisyah beserta dengan asrama anak yatim yaitu SUFFA.
Masjid Nabawi bukan saja tempat beribadat tetapi dijadikan jua sebagai tempat pertemuan,dakwah menyusun masyarakat markas tentera dan sebagainya.Masjid Nabawi telah diperluaskan dan diperindahkan lagi .Kini didirikan kubah hijau dimana dibawahnya tempat Makam Rasulullah,Abu Bakar dan Umar.Terdapat pintu2 yang diberi nama yang indah2 seperti Babul Rahmah dan Babul Nisak yang dibuat khas untuk kaum wanita keluar masuk.
Nabi memberitahu kelebihan Masjid Nabawi seperti berikut:" Bahawa sesiapa yang bersembahyang 5 waktu sebanyak 40 waktu tidak pernah luput walau satu waktupun di masjidKu,nescaya dilepaskan dari azab neraka dan azab kubur".
Dinyatakan jua bahawa sembahyang di Masjid Nabawi adalah pahalanya seperti seribu kali(1000 kali) sembahyang di tempat lain melainkan di Masjidil Haram di Mekah.Puasa sebulan di Madinah di bulan Ramadan seumpama berpuasa seribu bulan ditempat lain.Bersembahyang Jumaat di Masjid Nabi adalah seumpama seribu kali sembahyang Jumaat ditempat lain.Maka cintailah Madinah bumi yang penuh berkat.