Uzbekistan -udaranya nyaman dan tenteram.
Sesungguhnya khabar daripada Nabi SAW berbunyi bengini; Sesungguhnya awal pertama yang dicatitkan oleh Allah ta'ala didalam Lauh Mahfuzh "Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulllah", siapa yang menyerah pada qada'ku dan bersabar atas balaku dan bersyukur kepada nikmat2ku kan aku catitkan namanya sebagai Shiddiq (amat benar) dan akan aku bangkitkan dihari kiamat bersama2 orang shiddiqin. Dan siapa yang tidak redha dengan qada'ku,dan tidak bersabar atas balaku dan tidak bersyukur terhadap nikmat2ku, hendaklah dia memilih Tuhan selainKu!
Redhalah dengan ketentuan Illahi
_________________________
Memohon doa kepada Allah dijauhkan kita dari sifat2 yang buruk atau keadaan yang tidak baik bagi diri kita,kerana takdir Allah ta'ala itu tiada siapa yang dapat menekamya.Dan hidup di dunia ini tidak selalunya sama saja, ada senang dan ada susah dan seterusnya.Lantaran itu Nabi SAW menyuruh kita agar selalu memohon Allah ta'ala untuk mentakdirkan hal yang baik2 bagi diri kita serta berlindung diri kepada Allah ta'ala daripada hal yang buruk dan dari segala bala dan bencana.
Sementara itu, apa yang ditakdirkan Tuhan keatas diri manusia itu, hendaklah dia menerimanya dengan baik dan redha atas takdir yang ditetapkan Tuhan keatasnya . Bersabarlah dan tidak bersungut atau meratapi diri atas takdir yang tidak disenanginya itu.Manusia tidak punya pilihan dalam soal takdir itu bahkan takdir yang ditentukan itu pasti ada hikmahnyayang terselindung,yang tidak terbayang hakikatnya pada pandangan hati manusia yang biasa.Terimalah takdir dari Allah dengan sabar biar betapa pahit sekalipun.
Keinsafan yang timbul apabila melihat kesusahan dan penderitaan orang lain membuatkan kita lebih bersyukur dan sentiasa redha akan takdir Allah Ta'ala/ Insya Allah dengan bertenang dan bersyukur serta selalu mengingati Allah akan terjauhlah kita dari musibah.
Semua takdir itu adalah cubaan bagi manusia daripada Allah ta'ala, untuk membezakan antara hambanya yang bersabar dan bersungut,antara yang bersyukur dan yang ingkar kerana sifat manusia itu menerima apa saja yang ditetapkan oleh Allah,maka barang siapa yang patuh dan redha, nescaya akan dikasihi oleh Allah dan diberikan balasan yang baik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan