Khamis, 12 Jun 2014

                                                            Masjid terapong Jeddah



                                                   Masjid Quba'
                                                  --------------
Masjid Quba' terletak di sebelah baratdaya Kota Madinah kira2 40minit berjalan kaki atau 3 setengah kilometer jauhnya.Masjid Quba' masjid pertama dalam sejarah Islam yang didirikan oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan titik peluhnya sendiri.
Masjid Quba' juga melambangkan kegigihan Nabi dalam tugasnya sebagai pemimpin Islam yang ingin melihat keagungan Islam di Madinah yang kemudiannya muncul sebagai pusat kerajaan Islam yang memancarkan cahayanya ke seluruh pelusuk dunia.
kegigihan itu terbukti betapa Nabi tanpa bertempoh sehari-duapun ketika itu baru saja sampai dari Mekah, mengharungi lautan padang pasir selama 7 hari 7 malam bersama sahabat setianya Abu Bakar dan bertemankan seorang penunjuk jalan,bekas hamba Abu Bakar yang dimerdekakan
Setelah mendapat izin dari tuan tanah bernama khalthum bin Hilmi Nbi segera mendirikan Masjid Quba' dibantu oleh Abu Bakar,bekas hambanya dan penduduk2 desa Quba'yang bersimpati dengannya.
Dalam tampoh 4 hariMasjid Quba' telah berdiri dengan wajah yang begitu sederhana,sesuai dengan modal dari bahan2 alam sekeliling yang wujud,batang2 pohon kurma dibuat tiang pelepah dan daunnya di buat atap dan batu2 pejal bewarna merah itu dijadikan tembok tanpa simin
Kenapa Quba' menjadi pilihan Nabi untuk masjid pertamanya?
Ini adalah kerana  ianya sebuah tempat persinggahan dan rehat pedagang2 Arab ketika itu.Selain itu ianya sebuah desa yang sangat subur tanamannya serta banyak mata air yang jernih.
Sekarang Masjid Quba' setaraf dengan masjid2 lain di dunia dan telah dipermodenkan tetapi kesan sejarah yang hebat membuatkan ianya terkenal di kalangan umat Islam sedunia.
Rasulullah bersabda:" Sesiapa yang berwuduk dari rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat,akan diberi ganjaran pahala seperti pahala mengerjakan Umrah",Allah SWT berfirman" Inilah masjid yang didirikan atas dasar taqwa". Masjid ini dikenali juga dengan masjid ke empat termasyur selain Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil-Aqsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan