Khamis, 12 Jun 2014

Jabal Uhud.



Jabal Uhud
----------
Terletak di sebelah utara Madinah tanahnya merah bak darah seperti di sirami darah memang berbeza benar dari gunung-gunung yang terdapat di negara kita, Sebenarnya anda di bawa  berziarah ke satu medan peperangan yang hebat lagi dahsyat antara tentera-tentera Islam dibawah pimpinan Baginda dengan tentera Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufyan.
Kehebatan perang Uhud ini terletak kepada adanya panglima Khalid Ibnu Walid yang termasyhur gagah lagi perkasa,serta bijaksana.Dalam peristiwa tersebut tentera2 Islam telah melanggar arahan Nabi supaya tidak meninggalkan kubu pertahanan,Ini adalah kerana tentera Islam sibuk merebut harta rampasan .Akibatnya  Khalid Ibnu Walid  dari pihak lawan telah mengambil peluang menyeraang tentera yang sedang leka dan lalai.Tentera Islam menjadi kelam kabut akibatnya gugur syahidlah bapa saudara Nabi iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib yang ditombak oleh hamba Abu Sufyan iaitu Wahsyi.Dalam peristiwa itu Nabi ditimpa tragedi
patah giginya, luka-luka di wajahnya dan terbelus kakinya ke dalam lubang.
Perang Uhud pada hakikatnya adalah dendam kesumat orang2 Musyrikin terhadap orang Islam kerana mereka kalah dalam peperangan Badar.Sebagai bukti mayat Hamzah yang telah dibunuh dibelah perut dan dikeluarkan hatinya oleh isteri Abu Sufyan dan memamahnya.Alangkah dahsyatnya.!
Perang Uhud juga mencerminkan betapa cinta dan kasihnya umat Islam terhadap rasulnya. Seorang wanita Islam yang berani menghunuskan pedangnya disamping Nabi dan Abu Dajnah membongkok menjadi perisai
bagi mengelakkan anak2 panah terkena Nabi.Akibatmya belakang Abu Dajnah bercerancang dengan anak panah yang melekat ditubuhnya. Gugurlah dia sebagai mati syahid,Allah jadikan tanah  dan Bukit Uhud merah=kemerahan melambangkan warna darah pejuang2 yang syahid yang ketuai oleh Hamzah bin Abdul Mutalib.





                               Pandanglah Gunung Uhud dengan mata sejarah,
                                       Tanpa disedari dalam leka ........air mata tumpah !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan