Isnin, 30 Jun 2014

Sejarah itu cerita alam.




Sejarah itu cerita alam.Oarang yang tahu akan kisahnya sangat asyik mendengarnya. Senyum ketawa, merawan hiba dan menangis tersedu-sedu kerana sejarah itu tidak pernah berdusta kebenarannya menimbulkan semangat perjuangan dan menambahkan cinta taqwa kepada Allah.
Alangkah berbahgianya anda mendengarkan cerita sejarah dengan fikiran cendekiawan dan dada yang berilmu. Mendengar tanpa fikiran dan ilmu saja mendengar muzik tanpa irama dan lagu.
Orang melihat Kaabah, anda melihat Kaabah. Orang memanjat Jabal Nur anda memanjat Jabal Nur.Orang minum  air Zam-Zam anda minum air Zam-Zam.Namun Kaabah yang anda lihat tidak serupa dengan orang berilmu melihatnya. Jabal Nur penuh cahaya  gemerlapan, anda memandangnya gelap-gelita. Air Zam-Zam rasanya nikmat dan manis, tapi anda meminumnya terasa hambar dan payau.
Allah berfirman yang bermaksud :" Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"
Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah hendaknya.
Wabillahi taufiq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan