Ahad, 1 Jun 2014

Sifat malu.

                                          Istana Raja Farouk di Cairo
                                         ______________________

Sifat malu itu adalah sifat mulia yang wajib disifati oleh sesiapa saja yang mengaku dirinya Islam, sebab ia menunjukkan kemuliaan hati orang yang  menyifatinya dan kesempurnaan kelakuannya dan yang demikian itu adalah satu kurnia kelebihan yang diberikan Tuhan kepada manusia .Lantaran itu mestilah kita meletakkan perhatian sepenuhnya kepada sifat malu itu, kerana ia adalah budipekerti Islam,sebab itu mestilah seorang Islam mensifati.Rasulullah SAW sendiri adalah seorang yang sangat pemalu dan sangat merendah diri yang mana kedua sifat ini biasanya duduk sebelah menyebelah,tidak terpisah antara satu sama lain, maka jangan lupa malu kepada Allah hendaklah berlebih lagi sebab malu pada manusia itu lahir, dapat dikesan semua orang yang memandang, jangan sampai pula malu kita kepada Tuhan tiada sama sekali atau berkurangan daripada malu kita kepada manusia.

Sifat malu itu daripada iman,kerana iman itu tempatnya di hati di mana ia dapat dilihat dan diketahui oleh Allah ta'ala saja. Betapa banyak manusia di hadapan manusia lain berlakun baik segala-galanya, sempurna tata tertibnya, cukup rukun amal ibadatnya, terjaga tutur lisannya, terpelihara tujuan pandangannya dan sebagainya tetapi dibelakang manusia dia berlakun seperti syaitan dan iblis. Semua itu kerana ia tidak bersifat malu lahir dan batin dan tidak malu itu kerana tidak punya kesempurnaan iman.Awaslah dari berkelakuan seperti itu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan