Rabu, 2 April 2014

Hargai masa.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ashr seperti berikut:
        "Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian-kecuali orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran sereta berpesan-pesan dengan sabar."(al-Ashr 1-3)
Sememangnya jelas betapa pentingnya masa atau waktu.Sesungguhnya hanya orang2 beriman dan beramal soleh sahaja yang tidak akan merugi.Hendaknya hamba Allah tidak menyia nyiakan masa dan membiarkan umur berlalu begitu saja tanpa melakukan sebarang amal soleh.Sesungguhnya umur yang telah lewat tidak akan kembali semula.Umur yang berlalu dengan sia-sia adalah satu kerugian yang sangat besar.Amal soleh yang dilakukan memperolehi keuntungan yang selama-lamanya, abadi dan tidak akan rosak.Sesungguhnya waktu itu adalah sesuatu yang mulia dan paling berharga.Orang yang beramal soleh akan sentiasa menjaganya sehingga hanya digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT dan menjauhi agar tidak terjurumus dalam kemaksiatan dan kelalaian.
Kesimpulannya:
        Bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian, sekiranya dia tidak menggunakan masanya untuk beribadah dan beramal soleh. Inilah sebenarnya maksud surah Al-Ashr sehingga orang2 yang beriman  digalakkan untuk kuat beribadah, rajin membuat kebajikan dan saling memberikan nasihat dengan berdasarkan kebenaran dan sikap yang sabar.allahu A'lam.

Syair Sayyidina Ali r.a.berbunyi:
"bagiku baki umurku ialah sejauh mana aku boleh menghargai masa (di saat ini),
sesungguhnya waktu esok tidaklah dapat diambil kira(diperhitungkan).
Seseorang hanya akan boleh mendapatkan baki umurnya pada tiap2 waktu yang belum terlepas,
dan menggunakannya untuk menghapuskan keburukan dan menggantinya dengan kebaikan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan