Berselawat bermakna doa, rahmat daripada Allah memberi berkat dan ibadah. Dari segi syarak pula :Mengakui kerasulan Baginda SAW lalu berdoa agar Allah SWT mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.
Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firman Allah:
maksudnya:" Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".
(surah al-Ahzab-56)
Kesimpulannya , berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada Allah(terhadap hambanya yang beriman) beerti memberi rahmat.Jika dari malaikat meminta keampunan dari Allah dan jika daripada orang beriman beerti doa kesejahteraan seperti; " Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW."
Kelebihan berselawat:
- Ia merupakan salah satu amalan paling utama.
-Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
-Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
-menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
-Selamat daripada huru-hara hari kiamat.
-Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
-Tiket mudah memasuki syurga dan terlepas daripada penghisaban yang rumit.
-Menggantikan sedekah bagi yang tidak mampu.
- Dikasihi Nabi SAW dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
-Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Masa dan tempat dianjurkan berselawat:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut:
-Sesudah laungan azan.
-Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
-Dalam takbir2 Hari Raya.
-Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat.
-Pada awal dan akhir bacaan doa,sesuai dengan hadis riwayat al-Tarmizi yang bermaksud;
"Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi,tidak diangkat
ke langit sehingga dibaca selawat ke atas Nabi SAW."
-Pada malam dan siang hari jumaat.
-Dalam khutbah dan semasa bacaan Qunut.
-Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.
-Tiap pagi dan petang ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain2.
Hadis tentang kelebihan selawatl
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak berselawat untukku ."
" Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat."
(Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Hakim daripada Anas r.a.)
" Sesiapa membaca selawat untukku pada hari jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 thn."
(Riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a.)
"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang,maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.."
(Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda r.a.)
"Dimana saja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a.)
Nota:Ada berbagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat, dan menjadi
~~~~
amalan para solehan,alim ulama serta orang2 yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Beberapa jenis selawat yang masyhur dan diamalkan secara meluas sejak zaman-berzaman.
.
" Ya Allah, curahkanlah limpah rahmatMu dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang ummi, yang menjadi kekasihMu yang agung darjatnya dan bertambahnya kemuliaan dan kepada keluarga dan sahabat Baginda sekalian."
Sebuah masjid dikota Istanbul
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan