Isnin, 10 Mac 2014

Uzbekistan

Makam Imam Bukhari.

Destinasi kali ni,menuju ke negeri Uzbekistan dan laluan sutera bahagian asia tengah pada musim bunga di Tashkent,Fergana,Kokand,Ristan,Margilan-Chimgan,Charvak dan Samarkand.
Uzbekistan sebuah negara yang pernah dijajahi kerajaan komunis Russia satu ketika dulu kini sudah merdeka dan membangun .Negara ini mencipta berbagai teknologi baru dalam industri kapal terbang dan kereta.Teknologi yang sangat berharga dan pastinya mereka pastikan setiap ciptaan mereka tidak diciplak oleh negara lain .Mereka amat berhati-hati dalam hal ni.Kita akan dapat lihat apabila mereka menegah pelancong mengambil gambar pada setengah2 tempat.Pada mulanya agak janggal juga kalau dijeritkan "ladies no photo". lagi-lagi baru sampai saja dekat airport.Ada juga kelibat tentera mengawal dengan senapang seolah-olah negara dalam perang plak!.
Oleh kerana negara ni, pernah jadi jajahan Russia, orangnya cantik2 belaka ,campuran Russia -Cina.Kulitnya cantik putih mulus bermata biru macam kucing siam.Ibukota Uzbekistan iaitu Tashkent nampak maju ada subway bawah tanah yang canggih dan banggunanya tak tinggi dan moden.Persekitaran amat bersih sampai susah nak tengok sampah  di merata tempat.Sungguh mereka menitikberatkan
kebersihan


Keadaan diTashkent aman damai ,sehingga kita boleh mendengar kicauan beburung.Semasa sy sampai musim bunga telah tiba ,cuaca masih lagi sejuk.Di sini terdapat empat musim dan suhu waktu ni,8hingga 12 darjah celcius.Perbezaan waktu di sini 3jam di belakang waktu Malaysia.Mata wangnya pula Uzbekistan Som.Nilai wangnya sangat rendah rm 1 -0.609 som. Sini terkenal dengan kekacang dan buahan kering.




Lawatan hari pertama bermula dengan lawatan ke Kota Taskent meliputi Kompleks Khasti imam terdiri dari makam Kaffal Ash-Shashi, Barak Khan Madrassal, Sek .Tinggi Agama Imam Al-Bukhari,Masjid Tilla Sheikh dan Museum Manuskrip Islam Di museum ini mempamerkan Al-Quran yang masih ada kesan darah Saidina Osman R.A. semasa dibunuh.
Seterusnya ke Registan iaitu makam Muhammad Abu Mansur Al -Maturidi (pengasas ilmu akidah dan tauhid.).Kemudian ke Gur Emir Mausoleum.Singgah makan tengahari di Mustaklik,terus pula ke Independence Square,Dataran Teatre ,Navoi Opera dan Dataran
Amir Timur..Di sini sempat juga membeli-belah di Chorsu Bazar.Terdapat banyak barangan kulit dijual di sini.

Samarkand.
Bertolak ke Samarkand dengan keretapi laju iaitu Afrosiab.Pemandangan di luar sungguh menakjubkan dan udara di luar terasa nyaman dengan bukit bukau menghijau. Terasa tenteram hati ini melihat keindahan semulajadi ciptaan tuhan .SubhanAllah.
 Sampai saja di Samarkand ynag kaya dengan sejarah silam serta melawat Masjid Al-Bukhari ,lawatan ke Gur Emir termasuk Ulubek,Shir Dov, Tilya Kari Madrasah dan Masjid Bibi Khanum.Apabila diceritakan pengkisahan Bibi khanum wanita Monggolia yang amat jelita menjadi isteri (Timurlane) pada masa itu yang amat setia kepada suami yang sanggup berkorban apa saja sehingga sanggup menghadiah sebuah istana untuk suaminya.Istana itulah menjadi monumen sejarah yang masih dipelihara hingga ke hari ini.Kisah Timurlane menjadi kebanggaan di Uzbek kerana raja ni,berjaya membina empayar Mogul hingga ke India.
Penaklukan empayar Mogul membawa Islam bertapak di India. Kesan yang boleh kita lihat iaitu Istana Shah Jahan.


                                                          Keretapi Afrosiab .

Di Samarkand membuat lawatan ke Shah-i-Zinda Necropolis, Ulubek Observatory dan acara membeli-belah di pasar Samarkand.Makan tengahari sambil menonton pertunjukkan kebudayaan serta adat perkahwinan orang2 tempatan.Esoknya kembali ke Tashkent. Tashkent-Fergana,Kokand,Rishtan,dan Margilan.
Menaiki flight ke Fergana ke "Fergana Valley"melalui kota Margilan yang terkenal dengan kain sutera Khan-Atlas.Ianya ditenun dan dicelup menggunakan teknologi kuno.Seterusnya ke kilang sutera Yodgorlik.Sy sempat membeli sehelai dua sutera di kilang ni.Petangnya ke perkampungan Ristan yang terkenal dengan pottery dan ceramik biru buatan tangan.Halus dan teliti buatannya.
Ke bandar Kokand untuk melihat monumen bersejarah termasuk Istana Khudoyar Khan dan bertolak dengan kenderaan ringan ke pergunungan(Kamchik Pass) sambil menghayati keindahan pemandangan bukit bukau menghijau dan.kawasan pergunungan sangat sejuk hingga terpaksa memakai sarung tangan.
Lawatan ke Chimgan dan Charvak.
Selepas sarapan pagi bertolak ke kawasan pergunungan Chimgan letaknya kira2 100km dari bandar.Dikenali dengan jolokan "Switzerland of Uzbek" mempunyai pusat rekreasi dan ski resort.Pada musim sejuk terdapat salji tebal dan kegiatan sukan ski dibuka untuk pelancong .Ada kereta kabel untuk membawa pelancong keatas gunung untuk melihat panorama dan menghirup udara pergunungan yang segar dan bersih.Akhir sekali membuat lawatan ke Charvak iaitu empangan air terbesar di Uzbekistan yang menjadi sumber letrik dan air negara ni,Kawasan ini menjadi kawasan rekreasi pada musim panas.Panoramanya cantik ,udaranya pun bersih.Air tasek ini kebiruan ashik mata memandang inilah ciptaan Allah ,nampak unik sekali SubhanAllah...
Tiba hari untuk pulang ,menaiki pesawat Uzbekistan Airways selamat sampai di KLIA penuh dengan manis yang tak akan dilupakan.


                                                   Roti Uzbek,bukan pinggan.

Beginilah keadaan di Uzbekistan ,suasananya yang tenteram ,bersih dan orangnya pula lembut budi bahasa.
Orangnya cantik ,putih mulus dan sentiasa tersenyum.Kesimpulannya kalau diberi peluang sy akan kesini lagi kalau panjang umur.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan