Khamis, 27 Mac 2014
Peliharalah mata.
Mengenai mata
~~~~~~~~~~
Wajib ke atas kita memelihara mata, semoga Allah memberikan taufiq kepada umatnya.Maka sesungguhnya mata itu sebab bagi segala fitnah dan kebinasaan, dan saya akan sebutkan 3 asal yang cukup dalam urusan mengenai mata:Firman Allah SWT dalam surah (An-Nuur, 24-30)
"Katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menunudukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan mereka memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang mereka kerjakan."
Dalam ayat di atas terdapat tiga pengertian .
1)Didikan
2)Peringatan
3)Ancaman
Maka Allah Ta'ala telah mengingatkan bahawa pada menundukkan pandangan dapat menyucikan hati dan memperbanyakkan taat serta kebajikan. Maka sekiranya anda sengaja melihat yang haram nescaya anda akan memperolehi dosa besar dan barangkali hati terpikat dengan yang haram.Nanti anda akan binasa sekiranya Allah Ta"ala tidak merahmati anda.Allah azzawajalla jualah pemberi taufiq dengan kurniaNya dan kemurahanNya.
Baginda Rasulullah SAWtelah bersabda:
"Sesungguhnya memandang kepada (bahagian-bahagian) yang elok (lagi mengghairahkan daripada tubuh badan) wanita merupakan panah beracun daripada anak-anak iblis. Maka sesiapa yang meninggalkannya, nescaya Allah Ta'ala memberi rasa sedap beribadat yang akan menyukakannya."
Sesungguhnya apabila seseorang menahan dirinya daripada memandang kepada perkara yang tidak bermenafaat, nescaya anda akan mendapat kelazatan ibadat, kemanisan taat dan kejernihan hati yang anda tidak pernah mendapatinya sebelum ini.Oleh itu jagalah dan peliharalah anggota tersebut agar dapat digunakan untuk melihat Allah Ta'ala akhirat nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan