Sabtu, 29 Mac 2014
Tentang "Hati."
Wajib ke atas anda memeliharanya, memperbaikinya mengelokkan serta mengerahkan tumpuan usaha tenaga yang besar terhadapnya kerana sesungguhnya hati itu adalah anggota yang paling besar bahayanya, yang paling banyak kesan pengaruhnya, yang paling halus urusannya yang paling payah memperbaikinya dan paling sukar keadaannya.Maka hairan sekali terhadap sesiapa yang mengambil perhatian berat terhadap wajahnya yang menjadi tempat perhatian makhluk lalu dia membasuh, membersihnya dari kotoran serta menghiaskannya dengan termampu supaya menjadi tumpuan dan tidak terlihat keaiban (wajah).
Sepatutnya dia membersihkan hati, menghiaskanya dan memperelokkan dengan sifat yang terpuji agar tidak dipandang oleh Allah akan kekotoran, kecacatan dan keaiban yang dimiliki.Sabda Rasullullah SAW:
: "Sesungguhnya Allah tidak hanya melihat kepada rupa dan kulit kamu (sahaja) tetapi Dia melihat sampai kepada hatimu." Kalau begitu hati adalah tempat tilik pandang Allah Tuhan semesta alam.
Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah jasad seluruhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad sekeliannya. Ketahuilah bahawa gumpalan daging itu adalah hati."
Hati khazanah berharga. Sesungguhnya hati adalah tempat menyimpan segala permata yang sangat berharga bagi seorang hamba.Hati menyimpan berbagai jenis ilmu, akhlak yang mulia, sifat2 terpuji.Oleh itu wajiblah hati dipelihara dan dijagai daripada dicemari kekotoran dan kecacatan serta diawasi daripada musuh.
Hati adalah pusat tumpuan utama anggota badan anak Adam.Merawat hati adalah sangat sukar kerana Syaitan sentiasa menggunakan hati sebagai tempat menghasud dan menggoyah iman setiap mukmin.
Setiap manusia apabila melakukan amalan dinasihatkan agar ikhlas sepenuh hati Amalan yang disertai dengan riya' adalah dicela oleh agama.Sebarang amalan yang disertai dengan riya' dan mengharap pujian orang akan ditolak oleh Allah SWT.Apa yang penting dilakukan oleh seseorang mukmin adalah amalan yang ikhlas semata-mata hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.Nur ketuhanan dikurniakan Allah kepada seseorang yang sangat rajin dan tekun dalam mengingati Allah, samada menerusi zikir dengan lidah atau mengingatiNya dalam hati.keduanya bergabung disamping membiasakan diri melawan kehendak nafsu seperti makan yang melampaui batas, minum sepuasnya ,tidur semahunya, pemuasan nafsu syahwat sek tanpa kawalan dan sebagainya.
Imam Al-Ghazali ada berkata:
_ Hati adalah tempat ilmu, dan hati bukanlah daging tetapi sesuatu yang halus.
_Hati adalah yang mengatur semua anggota. Oleh kerana itu hati dipatuhi oleh sekelian anggota.
_Hati laksana kaca.
Apabila Nur Ilahi telah dianugerahkan Allah kepada hambanya maka Allah SWT akan meletakkan Nur didalam hati hamba tersebut. Dengan demikian maka hati dan rahsia yang merupakan hal-hal yang tersembunyi antara makhluk dan Allah dapat sampai kepada tujuannya iaitu masuk hati dengan semua perasaan untuk melihat kebesaran Allah dan keagunganNya .Sebenarnya bahawa tidak ada Tuhan yang menyembuhkan melainkan Allah tidak ada Tuhan yang berkehendak melainkan Allah,Tidak ada yang berkuasa melainkan Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan