Isnin, 24 Mac 2014

Marilah berdoa.

Doa menjana semangat dan harapan.
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan.Restu dan reda Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Doa adalah inti dalam ibadah.Doa merupakan satu mekanisme yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang lemah dan tidak berdaya.Setiap insan memahami hakikat kehidupan memerlukan pertolongan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengurnia.Segala rahmat dan nikmat adalah kurniaan dari yang Esa.
Firman Allah SWT:
maksudnya":Berdoalah kepada Tuhan-mu dengan merendah diri dan dengan suara yang lunak. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas".                    
                                                                                                     (Surah Al-A"Raf 13:55)

Firman AllahSWT: (Surah Al-Baqarah 2:186)
Maksudnya":Dan apabila hambaku-hambaku bertanya kepadamu tentang aku,maka (jawablah); sesungguhnya Aku adalah hampir.Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka mematuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu berada dalam kebenaran". 

Takrf doa:
Doa adalah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi menyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum Muslimin dan Muslimat.
Doa termakbul ialah doa orang beriman dengan 3 cara:
1)dikabulkan secara lansung.
2)dihindarkan dari sesuatu bahaya dan bencana.
3)ditangguhkan ke suatu masa yang lain misalnya di hari akhirat akan diberikan pahala sesuai dengan  permintaan itu.
Adab dan sifat berdoa bagi kemustajaban doa.
Setiap ibadat mesti mempunyai cara dan adab termasuklah berdoa.Ia mempunyai kaifiat dan adab supaya doa itu dimakbulkan dan diterima oleh Allah SWT dan tidaklah doa itu sia-sia sahaja. Berzikir dan berdoa adalah satu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya di makbulkan oleh Allah.


Adab-adab berdoa.
1) keadaan bersih sebaik2nya berwuduk dan menutup aurat.
2) Khusyuk dan merendah diri kepada Allah dan menghadap kiblat.
3)merendahkan suara.
4)Jangan menggunakan lafaz doa bersajak.
5)Yakin doa akan dimakbulkan.
6) mengulang2 ungkapan doa yang penting.
7)memulakan dengan memuji Allah dan selawat (atas nabi SAW) mengakhiri dengan pujian terhadap Allah serta berselawat.
8)beristighfar(bertaubat) sebelum berdoa.
9) memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
10)doa bukan untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturahim dan jangan memohon segera
 dimakbaulkan doa tersebut.
11)memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara-mara yang beriman.
12)hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba mengatakan ,"Ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah aku sekiranya Engkau inginkan."
13) Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW.
14)Menadah tapak tangan menadah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah
15)Berdoa dengan suara perlahan.
16)Beriman kepada Allah deangan sebenarnya dan mematuhi segala ajaran-Nya serta menjauhi larangan2nya.
17)Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun sejak sekian lamanya kita berdoa.
18)Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh2,serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
              "Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh2."
                                                                                               (Riwayat Al-Bukhari)
19)Berdoalah dengan kalimah ringkas, jelas dan meliputi maksud yang di hajatkan.





Masa mustajab doa.
~~~~~~~~~~~~~
1)Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
2)Setiap lepas solat fardu 5 waktu.
3)Di antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
4)Di antara azan dan iqamat dan selepasnya.
5)Ketika bangun tidur.
6) Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
7)Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
8) Di antara takbir2 solat hari raya.
9)Di antara dua khutbah Jumaat dan hari raya.
10) Ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi.
11)Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
12) Ketika membaca Qunut bagi solat subuh.'
13)Tiap2 kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
14)Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah gelisah.
15) Ketika berjumpa sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
16)Ketika hujan turun.
17)Ketika nak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
18) Sepanjang malam, terutamanya sepertiga akhir dan waktu bersahur.
19)Ketika khatam al-Quran 30 juzuk atau selepas membaca ayat2 al- Quran.
20) Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.



Tempat mustajab doa.
```````````````````````````````
Tempat2 yang afdal untuk berdoa.....
1)Apabila melihat Baitullah(Kaabah) diMakkah.
2)Ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.
3) Di sekeliling dan didalam Kaabah.
4)Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
5)Ketika melihat Masjid Nabawi di Madinah.
6)Di sisi telaga Zamzam.
7) Di atas Bukit Safa dan Marwah.
8) Di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.
9) Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijah.
10)Di padang Arafah pada 9 Zulhijah.
11)Di dalam masjid.
12) Disisi Jamratul Aqabah pd 11,12 dan 13 Zulhijah.

Ringkasnya: apabila dikatakan lidah kita mudah terdorong untuk berdoa beerti sudah ada tanda-tanda yang Allah akan memakbulkan permohonan kita itu.Apabila permohonan belum dimakbulkan, janganlah berputus asa kerana kalau di dunia, kita tidak memperolehinya maka di akhirat nanti mungkin doa kita akan dimakbulkan.

Tanda2 doa di makbulkan.
````````````````````````.
.1)Terasa sesuatu yang menakutkan.
2)Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat2).
3)Terasa menggeletar beberapa ketikasemasa berdoa.

Disamping itu doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang dalam keadaan seperti berikut:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Orang yang terdesak.
2) Orang yang dizalimi.
3) Anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibubapanya.
4) Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan  hubungan silaturahim.
5) Orang tua yang soleh terhadap anaknya.
6) Orang yang suka bertaubat.
7) Pemimpin yang adil.
8) Orang berpuasa sebelum waktu berbuka.
9) Orang yang bermusafir.

Antara sebab doa-doa ditolak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Ditangguhkan pd suatu ketika yg munasabah.
2) menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.
3) kemungkinan syarat2 doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa2 tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir,makanan dan pakaian dari sumber-sumber yang haram dan syubhah.


Sebab2 doa ditolak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) Kita mengenal Allah tetapi segala hak yang diamanahkan kepada kita tidak dilaksanakan.
2) Sunah Rasulullah SAW diremehkan walaupun kita menyintainya.
3) Al-Quran dibaca siang dan malam tetapi kita tak beramal dengannya.
4) Tidak bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.
5) Syaitan dijadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia sebagai musuh.
6) Kita tidak beramal bersungguh2 walaupun kita mengetahui bahawa syurga itu benar.
7) maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu adalah balasan untuk orang yang berbuat maksiat.
8) Tidak menyediakan bekalan hari akhirat walaupun kita percaya mati itu benar.
9) Sentiasa mencari keaiban dan kesalahan orang tetapi tidak memerhatikan keaiban diri sendiri.
10) Tidak mengambil iktibar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati.


Sebab2 doa ditangguhkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) Allah maha adil dan tahu sikap hambanya iaitu kalau dimakbulkan, boleh jadi ia akan sombong, bongkak, lupa diri dan sebagainya maka ditangguhkan kesuatu ketika yang munasabah dan sesuai.
2) Allah hendak memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada apa yang diminta  .
3) Permohonan itu ditangguhkan ke hari penghitungan nanti.
4) Mungkin Allah mahukan supaya kita sentiasa beramal dan berdoa, sekiranya apabila doa terus dimakbulkan mungkin kita tidak meminta bahkan tidak berdoa lagi.
5) Boleh jadi permohonan  yang diterima oleh Allah akan membawa susah kepada kita walaupun pada zahirnya kita senang.
6) Mungkin syarat2 doa dan adabnya tidak lengkap dan supaya kita sentiasa mengkaji mengapa doa itu ditolak.



Telah diketahui umum bahawa ajal maut, rezeki,jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah SWT.
Segala pekerjaan makhluk sama ada makan ,minum,tidur,bekerja susah,senang,sakit dan sebagainya berlaku dengan kehendak Allah jua. Walau bagaimanapun umat Islam dagalakkan supaya berdoa dan berikhtiar kerana masih ada ruang ketentuan Ilahi boleh berubah.

Nota: Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua  ibu bapanya dan menyambung silaturahim. Dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita, dapat menjadikan anak2 kita sihat, soleh dan pintar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan