Isnin, 10 Mac 2014

Ho Chi minh (Vietnam)





Ho Chi Minh sebuah negara tinggalan perang yang dikenali juga dengan nama Vietnam.Apa yang menariknya nagara ini walau teruk dilanda perang tetapi punduduknya sangat kuat semangat dan tak pernah berputus asa membangunkan keambali terkenal di mata dunia .Bagi rakyat Malaysia Vietnam ini  sudah sinonim dengan pusat beli-belah pakaian siap yang cantik dan berharga murah.Cuaca di Vietnam ni,sama saja  dengan cuaca malaysia ,panas dan lembab.Mata wang Vietnam lebih murah dan kita boleh berbelanja lebih.
Negara n, berusia lebih 300thn mempunyai banyak tinggalan sejarah dan banggunan seperti Pejabat Pos yang senibinanya seakan banggunan ala Perancis.

Sampai saja dari KLIA terus saja buat lawatan merentasi kota dan singgah makan malam di Restoran Seri Penang.Masakannya boleh tahan ala-ala Thai gitu!.Esoknya bergerak menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari bandar.Terowong ini dikatakan dibina oleh tentera Vietnam sebagai kubu dan tempat persembunyian tentera dari musuh.Di sini terasa agak menyeramkan juga kerana teringat akan berapa banyak nyawa yang melayang ketika itu.Ada juga sahabat yang sampai kini masih tak berani nak ambil gambar dikawasan ni, kerana terambil gambar orang yang tak dikenali berdiri di sebelah. Seramnya...........

Jikalau anda pandai menembak ,acara menembak disediakan dengan sedikit bayaran dengan menggunakan peluru hidup.Siaplah bunyi yang menyakitkan telinga....
Selesai melawat sy dibawa singgah makan tengahari di Restoran Halal Empat Musim.Selesai makan dibawa pula melawat Masjid Ar-Rahim.Masjid ni, telah dibina pada tahun 1885 oleh umat Islam dari Malaysia dan Indonesia.Lebih dari 200 umat Islam menunaikan solat disini Ada satu lagi mesjid di sini bernama Masjid Musulman ,masjid ini masjid yang paling sesak di kota ini.Masjid ini dibina oleh pedagang dari India.
Seterusnya membeli-belah di kedai Hong Anh,kedai Mai dan Pasar Ben Thanh.Waktu balik singgah pula kat Hardrock Coffee.

Besoknya sy dibawa ke My Tho City dengan menaiki bot besar ketengah sungai Mekong untuk melawat empat pulau iaitu Pulau Long,Lan, Qui dan Phuong.Di sini terdapat dusun buahan dan ternakan lebah.Hasil tanaman dan buahan di sini dijual juga kepada pelancong .Pokok disini subur kerana pulau ini sentiasa mendapat air yang cukup dari sungai Mekong.Ada berbagai barang dijual termasuk souvenir untuk dibuat kenangan.Dipulau ni sy disajikan dengan buahan tempatan sambil dialunkan dengan lagu dari Malaysia."pandai plak berbahasa Melayu".

Waktu pulang dibawa melalui denai2 yang sempit dengan sampan kecil keluar dari pulau menuju ke bot besar.Suasana  menakutkan juga kerana sampan yang dinaiki terkolek2 dialun ombak sungai Mekong.Apabila sampai di daratan meneruskan perjalanan dan singgah makan di Restoran Vn halal .Kembali semula ke bandar Saigon,melawat ke perkampungan Melayu Duong Ba Trac.Acara membeli-belah di sini dikedai Vn Anh Boutique,Lee Russian Market,Saigon Square Centre,Tax Centre dan An Dong Plaza.Makan malam seterusnya di Saigon City.
Tiba masa untuk pulang,percutian ni, menyeronokkan dan ,disamping membeli-belah dapat mengetahui peninggalan sejarah.Pulang dengan penuh kenangan manis.




Catatan:Terowong Cuci adalah sebuah terowong di perkampungan Cuci, Saigon Vietnam.
            40km dari pusat bandar.Semasa perang trowong diduduki oleh tentera sebagai satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri daripada serangan musuh. Terowong ini menjadi aset perlancongan yang popular di Vietnam.
      
My Tho adalah perkampungan desa yang menjadi tempat penanaman padi.
Sungai Mekong adalah sungai yang ke 10 terpanjang di dunia.
The War Museum adalah muzium perang yang peragakan peralatan perang.
Saigon Central Post Office berada berhampiran Basilica Saigon Notre-Dame, gereja utama di bandar ini.Ianya telah dibina oleh akitek terkenal Gustave Eiffel dari perancis.

Pusat beli-belah: Ben Thanh Market
                         Vi Anh Boutique
                         Kedai kraftangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan