Rabu, 27 Ogos 2014
Ada ganjarannya......apabila berbuat baik kepada anak2 perempuan dan saudara perempuan kita..........
Daripada 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha bersabda rasulullah : "Sesiapa yang diuji dengan anak perempuan akan sesuatu, lalu ia berbuat baik kepada mereka (anak perempuan tersebut) akan menjadi pelindung baginya di neraka.
Diriwayatkan oleh Imam al- Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi.
Manakala daripada 'Auf bin Malik Radhiyallahu Anhu berkata sabda rasulullah saw:
Mana-mana muslim yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu ia memberi nafkah kepada mereka hinggalah mereka berkahwin atau meninggal dunia, melainkan mereka akan menjadi dinding baginya dari neraka". Seorang wanita bertanya nabi ;atau dua orang anak perempuan? Baginda bersabda: dan dua orang anak perempuan.
"Sesiapa yang memberi nafkah kepada 2orang anak perempuan atau 2 orang saudara perempuan ataupun 2 saudara perempuan yang ada hubungan kekeluargaan dengannya(semata-mata mencari ganjaran pahala) hinggalah mereka tidak lagi memerlukan (bantuan) daripadanya dengan limpah kurnia Allah, nescaya keduanya akan menjadi dinding baginya dari neraka".
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ath-Thabrani.
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengurniakan anak sama ada lelaki atau peremouan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.Apa yang telah ditakdirkan olehNya adalah baik belaka.Namun begitu, Allah subhanahu wa Ta'ala menciptakan kaum hawa dengan sifat semulajadi mereka yang lemah dan memerlukan pengawasan serta perlindungan pihak lain khususnya lelaki.
Dalam hadits diatas, nabi saw memberitahu kepada kita bahawa sesiapa yang dapat memberikan yang terbaik kepada anak perempuan atau saudara perempuannya sama ada dari sudut nafkah, pendidikan, bimbingan, kasih sayang dan sebagainya yang bersesuaian dengan kedudukannya nescaya dia akan diselamatkan oleh Allah subhanahu wa Ta'ala daripada azab neraka dan seterusnya akan dimasukkan kedalam syurga.
Menurut para ulamak, tugas ini akan berterusan sehinggalah mereka dikahwinkan dan mendapat kesenangan hidup.
Tugas untuk menjaga dan mendidik golongan Hawa amatlah mencabar.Di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan bahawa nabi saw memperingatkan kepada umatnya bahawa tugas untuk mendidik dengan memimpin kaum wanita mestilah dilakukan dengan penuh kebijaksanaan dan kesabaran.Ini kerana perempuan itu asalnya dijadikan oleh Allah SWT dari tulang rusuk lelaki yang bengkok.Jika dibetulkan dengan kasar, ianya akan patah dan jika dibiarkan, ianya akan terus bengkok.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan