Niat
Niat yang baik itu adalah asas bagi setiap amalan Kepada Allah Ta'ala , sebab amalan tanpa niat yang baik , tidak akan diterima oleh Allah. Ataupun amalan dengan niat yang jahat akan dimurkai Allah. Itulah pokok lintasan hati yang terbit daripadanya segala gerak-geri dan kelakuan manusia. Lantaran itu hendaklah kita memperbagusi niat kita agar segala amalan kita direstui Allah dan diberikan balasannya yang baik pula.
Niat yang baik itu termasuk niat kita terhadap Allah Ta'ala , jangan sampai terbawa-bawa oleh buruk sangka , khususnya apabila berlaku hal-hal yang tidak direlakan hati , padahal amalan yang dibuat semuanya baik-baik belaka. Malah hendaklah kita menganggap semua itu sebagai takdir Tuhan , dan takdir semuanya mestilah baik , apatah lagi bila ditimpakan ke atas hambanya yang baik , atau apa yang tidak tertanggung oleh diri kerana manusia itu tidak mengerti hikmah dan kebijaksanaan Tuhan dalam mentakdirkan sesuatu ke atas hambanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan