Khamis, 27 Februari 2014

Melancong ke Eropah Part 4 (Amsterdam)

Bertolak ke negara Belanda menuju ke ibukota Amsterdam.Lawatan ke kota bawah aras laut ini bermula dengan Canal Cruise melalui terusan dalam kota sambil melihat persekitaran kota dari paras air. Cruise berakhir di pusat pemotongan berlian.Ada demonstrasi buatan dari mulanya satu ketulan besar hingga menjadi berlian2 yg sedia untuk diikat emas. Dikatakan berlian di sini agak murah dan akan mendapat diskaun potongan wang dikembalikan di airpot nanti.

Seterusnya lawatan ke Damrak ditengah kota Amsterdam. Berjalan kaki ditengah kota dan melewati satu
tempat yang digelar" Red light district" uuuuuuuuuuupst orng yng tahu je boleh cerita.
esoknya berkunjung ke perkampungan kincir angin(windmill) Zanse Schans yang memaparkan berbagai bentuk dan jenis kincir angin,tempat buat keju dan terompah(klompen).Suasana di sini cantik kalau musim bunga dikatakan penuh dengan bunga Tulip.

Lawatan seterusnya ke Volendam, perkampungan di tepi laut. Pemandangan indah sekali.Perkampungan nelayan ni wujud sejak dahulu lagi tapi sekarang dijadikan tempat pelancongan.Ada berbagai souvenir dari Holland untuk dibeli sebagai kenangan.Banyak kedai seafood di sepanjang pantai ni,Sempat jua kumpulan kami merasai sup ikan yang dimakan panas2.Lazat jua ....kalau dah lapar.

Dalam perjalanan pulang singgah di masjid bersolat kat situ.Di sini ramai juga penduduk beragama Islam,ada juga orang dari Indonesia tinggal dan bekerja kat sini. Belanda pun ada ramai di Indon sebab negara tu
pernah jadi jajahannya. Malamnya tidur dihotel berhampiran airport Schipol.Hari berangkat menjelang tiba,pulang ke tanah air direct flight dari Amsterdam ke KLIA penuh dengan kenangan manis.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan