Selepas sarapan pagi check out hotel bertolak ke negara Belgium.Persinggahan pertama di perkampungan
bernama
Damme.Kampung yang telah ujud lebih dari 1000 tahun,memang cantik
.masih mengekalkan keaslian nampak natural dan tidak terusik diarus
pembanggunan.Menaiki bot paddle steamer sambil menghayati keindahan
sepanjang terusan menuju ke pekan Bruges yang kecil & indah.Lawatan
ke pekan dengan berjalan kaki meliputi Market Square,Belfry Tower(dari
luar shj) Burg Square,Town Hall dan lain2.
Disini terkenal dengan
coklatnya .Setiap kedai memilki coklat berbeza dan boleh dirasa sebelum
dibeli.Diingatkan juga ada coklat yang tak halal
dimakan.Hati-hati!!Setiap kedai akan ada replika budak tengah kencing
,seolah2 mercu tanda la pulak.Rupanya ada lagenda dan cerita disebalaik
simbol ni. Kalau nak tahu .....silalah berkunjung ke Brussels.Saya
berkesempatan membeli sedikit coklat buah tangan untuk anak2,dibeli
dikedai arab pastinya yang halal!.
Di Bruges ni , nampak macam
mewah betul dengan banggunan penuh dengan ukiran ada juga yang bersalut
emas tulin.Tak nampak pun masjid kat sini jelaslah minuriti islam di
sini terdiri daripada pedagang2 arab.
Perjalanan diteruskan lagi,bertolak pula ke negara Belanda.
Kota Bruges ni, kecil tapi nampak mewah bila ada sebahagian tiang banggunan disalut emas.
BalasPadam