Sabtu, 15 Februari 2014

Kembara di bumi Istanbul.




Pernahkah anda ke Istanbul?
nilah Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed.berada diatas bukit dan kalau dilihat
dari atas feri sungguh menakjubkan. 

Hagia sofia adalah bekas sebuah gereja yang dijadikan museum.
Grand Bazaar adalah pasar berbagai manisan dijual. Spice Bazaar pula banyak menjual rempah ratus.

Hagia sofia telah menjadi museum setelah pemerintahan silih berganti. Sungguh unik dan terpegun melihat lukisan dinding yang dilukis pada zaman tersebut. Ramai pelancong datang untuk melihat sendiri binaan dan lukisan yang masih dijaga rapi oleh pihak museum.



 
Hagia Sofia adalah gereja yang telah dijadikan museum. Ramai pelancong datang nak lihat betapa cantiknya lukisan yang telah dilukis bukan saja di dinding tapi diatas silingnya. Unik sungguh lukisan lukisannya.



  


 
Di pasar Grand bazaar terdapat berbagai manisan untuk dipilih. di pasar spice pula berbagai rempah ratus yang segar untuk dibawa pulang.



Suami bersama peserta umrah Turki.



Haji ghazali dan Hajjah Zaiton bergambar bersama Lia peserta umrah.


Setiap inci bumi Anatolia ini memiliki sejarah yang cukup panjang.Di zaman Roman dan Byzantine kepada era kegemilanganIslam Empayar Uthmaniah dan kemunculan Mustafa Kamal Ataturk kepada sebuah negara
Republik.

Setiap inci bumi Anatolia ini memiliki sejarah yang cukup panjang.Di zaman Roman dan Byzantine kepada era kegemilanganIslam Empayar Uthmaniah dan kemunculan Mustafa Kamal Ataturk kepada sebuah negara
Republik.Istana Topkapi bukan saja kediaman Sultan Uthmaniyyah tetapi juga pusat pentadbiran dan pendidikan di Turki.Dibina antara 1460 dan 1478 oleh Sultan Mehmed 11.Istana ini telah diperluaskan dan diubah banyak kali sehingga pertengahan abad ke 19. Di istana ini masih terdapat peninggalan suci Nabi Muhammad.

Khazanah di raja dan juga Imperialis Arkib yang terus dipelihara sehingga kini.Berikutan pemansuhan  monarki Uthmaniah pada tahun 1922.Topkapi Palace telah ditukar menjadi muzium pada 3hb April 1924,
atas pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk.

Ankara adalah satu kompleks makam Mustafa Kamal Ataturk pemimpin yang disanjung rakyat Turki sebagai bapa pembanggunan moden. Kompleks yang dibina daripada marmar ni, merupakan kunjungan wajib bagi setiap warga Turki daripada rakyat jelata sehinggalah kepada pemimpin negara.

Cappadocia adalah tempat dimana pelancong boleh menaiki belon panas (dari atas kita boleh melihat keindahan) bumi Cappadocia adalah pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata............
Di Pamukkale terdapat teres air panas yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia olh pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan bangsa-bangsa bersatu. (Unesco)
Kudasasi-Ephesus di Kudasasi merupakan bandar purba terbesar di Turki daripada era Roman.Kota purba yang dipercayai dibina pada 1000 tahun sebelum masihi (3000 tahun dahulu).

catatan:
Istana Topkapi tersimpannya pelbagai khazanah Islam & barangan peninggalan Rasullullah SAW seperti janggut, pedang kesan tapak kaki, jubah & sebagainya.

Dataran Hippodrome: sebuah kawasan peninggalan pahlawan gladiator dahulu kala, digunakan sebagai kawasan untuk acara sukan di zaman dahulu.

Konya: tempat yang menarik adalah:
Muzium Melvana - disinilah peserta boleh melihat kesan-kesan awal pendudukan Islam di Turki.Pelbagai barangan tinggalan Melvana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik dll. boleh dilihat disini. Peserta akan diberi penerangan mengenai tarian Melvana yang terkenal iaitu "wherling Derwish" trian dimana penarinya mamapu berputar untuk satu jangka masa yang panjang.

Sultani Caravanserai: sebuah tempat persinggahan pedagang dulu dalam perjalanan menuju ke Silk Road.

Cappadocia: bandar yang dikenali dengan nama "The Flinstone House."

Ankara:meerupakan pusat pentadbiran Turki yang juga dikenali sebagai "The City Of Ataturk."

Bolu: sebuah kawasan peranginan yang terletak di kakai gunung.

Masjid2 yang dilawati:Masjid Sultan Ahmed (masjid Biru)
                                      Masjid Hijau (Green Mosque) di Bursa.
                                      Masjid Ulu Cami (Grand Mosque)

Pusat beli-belah:Grand Bazaar
                             Spice Bazaar.
                             Silk Bazaar.
                             Kedai barangan kulit (leather Factory)

Pamukkale: sebuah teres air panas dikenali sebagai Cotton Castle.

Cappadocia: kilang karpet,underground City Of Kaymakli, Pasabag Valley Uchisar Village, Goreme openair Museum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan