Berlatar belakangkan Big Ben
Istana Buckingham
Bergambar di London depan istana Buckingham Palace. Cuaca waktu ni,sekitar 12-15 c..
Perjalanan berkumpulan amat menyeronokkan walaupun pada mulanya kami
tak mengenali satu sama lain tapi semua itu tak jadi masaalah"asal
pandai bawa diri".Penerbangan ke London pukul 10 pg memakan masa 13 jam
direct flight.Dijangka sampai pd pukul 4pg waktu london.
Sampai di
London ,bas sedia menunggu dan terus dibawa merentasi kota menuju ke
hotel.Masuk hotel dan berehat dari perjalanan yg panjang.(beribu km).
Esoknya
lawatan diteruskan meliputi Buckingham Palace Trafalgar Square,Big
Ben,Tower Bridge berhampiran Tower of London.Perbezaan waktu London 8jam
di belakang waktu Malaysia.Sekarang musim
gugur (autumn) dedaun bertukar warna,Mata wang di sini Pound Sterling kira2 5RM 1Pound.
Berada
di kota London bagaikan mimpi kerana inilah impian saya sejak dulu
lagi.Shukur kpd Allah impian ini tercapai jua dan terima kasehlah kepada
suami kerana merealisasikannya.Kota London sungguh cantik ,masih
mengekalkan bangunan lama dan tempat2 sejarahnya .Jalan raya tidak
sibuk dan orang2nya nampak baik je! selalu sebut maafkan saya.
Singgah
di Malaysia Hall disana ada sebuah restoran orang melayu .makanannya
sedap tetapi mahal ,sepinggan nasi lemak dengan sambal ikan bilis telor
hampir rm60.Makan tengahari di restoran Lagenda.Seronok juga dapat jumpa
orang melayu kat sana.Kemudian bersolat dekat surau di Holiday Villa.
Petangnya
melawat ke Wax Museum(Madam Tassaud,Terdapat berbagai patung lilin
diukir menyerupai artis2dan ahli2 politik ternama.Nampak macam real je!.
Perjalanan
seterusnya ke Oxford Street yg terkenal dengan kedai berjenama mahal
.Kat sini kalau kalau bawa duit banyak mana pun boleh habis!.
catatan:The Big Ben adalah nama samaran untuk jam loceng besar d hujung utara Istana Westminster di London.Jam yang ketiga terbesar dan tertinggi di dunia . Jam ini siap di bina pada 10 April 1858. Menara jam ini menjadi simbol yang paling tekenal untuk London dan England.
catatan:The Big Ben adalah nama samaran untuk jam loceng besar d hujung utara Istana Westminster di London.Jam yang ketiga terbesar dan tertinggi di dunia . Jam ini siap di bina pada 10 April 1858. Menara jam ini menjadi simbol yang paling tekenal untuk London dan England.
London Bridge
Tiada ulasan:
Catat Ulasan