Isnin, 17 Februari 2014
Penyakit Mistri
Semasa pemergian umrah ziarah Turki, sy telah membawa penyakit mistri yg pada mulanya diingatkan penyakit biasa. Kuasa Allah amat besar dan penuh dengan rahmatnya. Kesakitan yang amat sangat sehingga sukar nak duduk. Rasa kaki sangat berat bagai diikat dengan batu. Bayangkanlah untuk melakukan kerja sae yang panjang dengan lelehan airmata. Peliknya tak ada tanda-tanda nak sakit pun. Didalam hati sentiasa mohon petunjuk dari Allah untuk mengubat penyakit mistri ni. Allah ketemukan sy dengan seorang jemaah kashaf. Siapa dia itu? Insan ni adalah jemaah dari singapura dan saya ucapkan terima kasih padanya kerana melaluinya Allah bagi petunjuk. Barulah sy tahu rupanya sy terkena sihir. Bagaimana rasanya membawa iblis ketanah suci? Kata insan kashaf tu, dia nampak sendiri iblis tu meronta-ronta nak keluar dari kaki. Bila pulang ke tanah air sy mendapat pertolongan dari orang kashaf juga hingga pulih. Buat pengetahuan kekawan sy masih lagi berubat dengan memperbanyakkan zikir dan iblis ni akan sentiasa mengganggu kalau kita terleka. Shukur pada Allah dengan rahmatnya saya masih lagi bernafas biarpun setiap hari menanggung kesakitan, mohon Allah kurniakan kesabaran dalam diri ini untuk terus menjadi insan yang sentiasa bertaqwa. Berbagai pengalaman telah saya lalui dan berharap ada hikmah dalam setiap kejadian ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan