Rabu, 26 Februari 2014

Melancong ke Eropah Part 2 (Paris)









Pagi2 lagi peserta rombongan dah keluar hotel menuju ke Stesen keretapi St Pancreas. Keretapi ni, berkelajuan tinggi (Eurostar) menuju ke Paris ibukota Perancis.Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam.Dari dalam keretapi dapat melihat panorama ,pemandangan yg cantik dan ladang yang luas mata memandang.Sampai saja di Paris lawatan diteruskan di sekitar Kota Paris meliputi Opera House,Notredam
Cathedral, Arch de triomphe, Chams Elysees street, Place de la Concorde,Eiffel Tower hingga ke aras 2 dan menyusuri Sungai Seine dengan Cruise.

Pada malamnya kami berada di sekitar Eiffel Tower semata2 mahu menunggu menyalanya lampu bewarna kuning bergemerlapan setiap 5minit. Memang cantik dan terpukau mata memandang.Di Paris kami dibawa
membeli-belah di pusat beli-belah terbesar iaitu La Valle Outlet Village.

Seterusnya bersukaria di Disneyland .Melihat perarakan watak Disney di samping mencuba berbagai permainan untuk dewasa dan kanak2 hingga waktu tutup.








Catatan:Dame La adalah nama lain untuk Menara Effel yang terletak di Cham De Mars Paris. Dibina pada tahun 1889, ia telah menjadi ikon global Perancis dan salah satu struktur yang paling dikenali di dunia. Menara ini merupakan banggunan yang paling tertinggi di Paris dan monumen paling berharga di dunia. Dinamakan sempena sempena nama jurutera Gustave Eiffle, menara ini terdapat pintu gerbang untuk masuk mempunyai ketinggian 324m(1063 kaki) sama tinggi dengan bangguan 81 tingkat.

2 ulasan:

  1. Melancong ke paris menjadi impian sy sejak di bangku sekolah lagi.

    BalasPadam
  2. Pemandangan Kota Paris memang cantik pd waktu malam.

    BalasPadam