Isnin, 17 Februari 2014

Umrah Cairo






Pernahkah anda ke kaherah?
Masih teringgat sy dan terkechur air liur betapa manisnya buah oren serta bersarinya isi buah tersebut. Buahnya bukan saja besar (kena pegang dua tangan) tapi murah pula. Jus manggonya yang pekat dan pisangnya yang besar (dua kali ganda pisang malaysia. Biarpun negara padang pasir nampak kering tetapi rakyatnya berusaha menanam tanaman mereka dengan disalurkan paip getah berkapilari supya air sampai kesetiap pokok yang ditanam. Hasilnya memang menakjupkan. Nampaknya air sungai Nil ada sumber utama negeri ni, malang sekali negeri ni sedang bergolak. Ramai student terpaksa balik ke tanah air menyambung pelajaran.

Perjalanan bermula 2 march 2013 bertransit kat Bangkok amat memenatkan apakan tidak,sementara menunggu flight isi penumpang terpaksa pula melalui kastam dan imigresen yg sungguh ketat pemeriksaannya. Segalanya mesti dibuka termasuk kasut. Jemaah lelaki disuruh buka tali pinggang. Lucu juga tenggok seluar ada yang nak terlondeh kebawah. Peristiwa ni berlaku juga waktu pulang ke tanah air.

Perjalanan ke Cairo memakan masa 9 jam 30 minit. Sampai saja di Cairo jemaah dibawa melawat ke Sadat Tomb untuk bergambar. Esoknya ke Fayoum dan melawat Tasik Qarun. Tasek ni kuat bau hanyirnya. Disinilah tempat harta qarun tertanam. Seterusnya melawat masjid Mursi Abu Abbas dan bersolat disitu. Petangnya melawat ke Montaza Palace&Garden.Inilah tempat penginapan King Farouk Last King of Egypt..


Masjid Al-Azhar.


Makam di dalam masjid Al-Hussien

Kelihatan pelajar Malaysia lepak2 dan mengulangkaji pelajaran mungkin nak ambil berkat.Nampak kecil
dan kurus2 pelajar kita.Berjimat makankah? kos belanja tinggikah?dengar cerita ramai yang ikat perut
ashik makan mee maggi .Sempat jua sy bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka.Ternyata mereka gembira bertemu orang senegara.Seterusnya ke masjid Al-Hussien.Terdapat makam di dalamnya
,dikhabarkan disinilah disemadikan kepala Hussein dan badannya di Palestin.
Melawat makam Imam Shafie menjadi hasrat ulung sy ke Kaherah ni,rasa shukur kehadrat Illahi kerana
memakbulkan impian sy.Selama ni mahzab Shafie yang menjadi ikutan kita semua,So sy ambil berkat dari lawatan ni agar sy sentiasa dalam peliharaan Allah Rabbul Allamin.
Seterusnya lawatan ke kilang kristal dan kedai minyak wanggi. KePasar El-Khalili.Di pasar ni terdapat
banyak cenderahati untuk dibawa pulang diantaranya barangan kulit,permata,barangan kayu serta barang buatan tangan.Pendek kata macam2 ada.
Esoknya perjalanan seterusnya ke Iskandariah.Menaiki bas sejauh 240km.Berhenti dan dibawa melawat ke kedai gambar Citadel di Qait Bay.Seterusnya ke perpustakaan terulung dan terkenal di Iskandariah iaitu
Library Of Alexandria.Inilah perpustakaan pertama Kaherah.
Sepanjang lawatan banyak masjid dilawati termasuk Masjid Mursi Abu Abbas.Sebelum pulang sempat jua singgah ke singgahsana Raja Farouk The last king of Egypt.
Besoknya hari terakhir ,sementara menunggu fligt pd malamnya kami dibawa kePapyrus Institute,Salah El-Dien dan Masjid Mohamed Ali.Puas rasanya berjalan di Cairo,Satu je yg tak sedap memandang ialah sampah sarap dibiar merata tempat kalau tak percaya tanya sesiapa yg pernah kesana



Catatan:   Cairo/Kaherah adalah ibu kota Mesir dan bandar terbesar di Dunia Islam,dunia Arab dan Afrika dan kawasan ke 5 terbesar di dunia. Digelar "Kota Seribu Menara." Kaherah sudah lama menjadi pusat kehidupan politik dan budaya di rantau ini. Kaherah diasaskan oleh dinasti Fatimid di abad ke 10.Kaherah juga dikaitkan dengan  Mesir  purba disebabkan oleh kedudukannya yang hampir dengan bandar2 purba Memphis, Giza dan Fustat yang terletak berdekatan dengan Great Sphinx dan Piramid Giza.

                   Alexandria adalah bandar kedua terbesar di Mesir 20 batu disepanjang pesisir pantai laut Mediterranean. Bandaraya pelabuhan terbesar  menjadi tempat impot ekspot dan juga resort pelancongan terpenting.


                        Luxor merupakan sebuah bandar selatan Mesir.memiliki museum terbuka terbesar iaitu kompleks kuil di Karnak dan Luxor di seberang sungai Nil, terdapat monumen kuil dan makam di West Bank perkuburan, termasuk lembah raja2 dan lembah Queens

                                  Aswan adalah satu bandar di selatan Mesir, ia terletak di tebing timur sungai Nil dan menjadi tumpuan pelancong.


Masjid yang di lawati: Masjid Ali Pasha
                                      Masjid Al-Azhar
                                      Masjid Al-Hussein
                                      Masjid Imam Shafie
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan