Kembali menemui pembaca,sekali lagi sy nak berkongsi cerita semoga dapat menjadi panduan kalau2lah
ada yang nak keJordan dan Petra. Apabila
mendarat di lapangan terbang Queen Alia hati rasa lega,maklumlah
perjalanan 9jam 20 minit menyakitkan belakang.Apabila selesai perkara
berkaitan imegresen dan kastam,jemaah keluar kelihatan bas dah pun menanti di luar.Maka bermulalah perjalanan kebumi anbia ini dan terkenal jua dengan minyak zaitonnya yg berqualiti.Cuaca pd masa sy sampai sekitar 9-10 c,sejuk semua jemaah mengenakan baju tebal agar tak kesejukan.
Bergambar di Petra.
Bermula dgn doa kami memulakan perjalanan keGua Ashabul Kahfi.Terkenal dengan nama(seven sleepers cave).Masuk saja ke dlm gua terhambur bau yg wangi bak kasturi.Dalam gua masih lagi ada kesan2 sejarah
dan makam mereka2 itu.Subhanallah,inilah yg diceritakan dalam Al-quran betapa besar kuasa Allah yg telah
menghidupkan yg telah mati,Inilah tanda kebesaran Allah. Meneruskan perjalanan ke makam sahabat nabi iaitu Zaid ibn Harithah,makam sepupu nabi ,Jaafar ibn Abu Talib,makam Abdullah ibn Rawahah ibnThaalabah.
Gua Ashabul Kahfi
Lawatan seterusnya ke Petra.Perjalanan dengan berjalan kaki memerlukan stamina yng baik disamping kasut yg sesuai.Oleh kerana pelancong harus berjalan jauh beberapa km, disyorkan kpd sesiapa yang tak mampu melakukannya agar menyewa kereta yg ditarik oleh keldai atau menaiki kuda. Di Jordan ni,mata wang dalam dinar.kadarnya rm5 duit kita 1 dinar. (macam duit Uk plak)jangan terkejut!
Petra terkenal dengan nama"Red rose city of Petra".Ia telah disenaraikan dalam warisan dunia terpilih sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia.(seven wonders of the world).
Melangkah di kawasan Petra ni,mulanya menyeramkan .Apa tidaknya terasa kita ni jauh di dasar bumi. Kiri kanan gunung yg terbelah dengan ukiran badan manusia dan berbagai lagi setiap lubang menjadi tempat persemadian .Sebenarnya perjalanan kedalam Petra memakan masa 4jam .Oleh kerana jemaah semua keletihan kami buat setengah jalan kerana haripun dah petang.Tempat ni ditutup pd malamhari.
Esoknya terus melawat makam Abdul Rahman bin Awf,makam Bilal bin Rabah,makam Nabi Shuib dan makam Nabi Ishak.SY merasa puas apabila melawat makam2 n, kerana nak ambil berkat.
Seterusnya ke Laut Mati.Tempatnya memang cantik bersempadan dengan Hebron dan di kirinya Palestin.
Laut Mati.Disinilah dikatakan tempat terbaliknya penempatan kaum yang ingkar dengan perintah Allah
untuk meninggalkan perbuatan homoseksual(yg suka kaum sejenis)yg kemudiannya menjadi laut.
Kaum Nabi Luth ni dilaknat Allah Subhanawataala.Di Laut Mati ramai jemaah mengambil peluang mandi paling tidak cecah2 kaki merasa kemasinannya..Ada restoran kat sini menyediakan nasi dan lauk pauknya pun banyak.Di Jordan makanan utama roti,so sapa nak pergi sana biasakan diri makan roti.
Tiba hari untuk pulang, dalam perjalanan singgah makam Abu Ubaidah ibnJarrah,makam Derar ibn Al Azwar,makam shuraabil ibn Hasanah dan Mu'ath bin jabal. Dalam perjalanan ke lapangan terbang singgah
kat Abadoun beliabar angan balik malaysia.Kepada sesiapa yang ke Jordan jangan fikir panjang disamping berjalan beroleh pahala.
Tempat yang dilawati:
Catatan: Gua Ashab Al-Khaf (7 sleepers Cave)
Makam Nabi Shuib.
Laut Mati.
Citadel Castle.
Umayyad Palace.
Archeological Museum Of castle.
The Roman Amphitheatre.
Flok Museum at the Roman Amphitheatre..
Madaba:merupakan bandar kelima paling ramai penduduk di Jordan , terletak 30 km di selatan barat ibu negara Amman.
Masjid yang dilawati; Masjid Biru(Masjid Raja Abdullah)
Pusat beli-belah:Bandar lama Amman(old City)
Petra:Terkenal dengan senibina potong batu dan sistem saluran air. Ia adalah simbol Jordan. Terletak di lereng Gunung Hor, Petra telah menjadi tapak warisan dunia (Unesco) sejak tahun 1985.
Wadi Rum: Mempunyai pemandangan padang pasir/gurun yang menakjubkan.Pernah menjadi lokasi pengambaran filem"lawrence Of Arabia." Anda boleh meneroka kawasan gurun dgn kenderaan 4x4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan