Isnin, 31 Mac 2014
Menghayati Alam Semesta.
Ketika melihat adanya alam secara zahirnya yakni mata dan pancaindera mendapatkan adanya alam maka sememangnya mata melihat, telinga mendengar, tangan kita menyentuh dan meraba. Lidah merasakan bermacam-macam rasa, hidung dapat mencium segala macam bau-bauan.
Pada hakikatnya semua alam ini tidak wujud. Adanya hanya kerana Allah Ta'ala telah mengadakanya, dan telah menciptakannya.Jika Dia tidak menghendaki, nescaya semuanya tidak wujud. Dengan QudratNya itu Allah Ta'ala menciptakan segala-galanya.Menciptakan dalam erti mengadakan, dari tidak ada kepada ada atau dari ada kepada tidak ada.serta mengekalkan adanya, atau dari tadak ada serta mengekalkan ketiadaannya.
Segala puji dan syukur hanya layak untukMu Allah..........
Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah yang memelihara hambanya sehingga dia menjadi baik. Hanya kepada Allah segala puji patut ditujukan, bukan kepada mana-mana manusia. Jika Allah SWT telah menutup kelemahan2 dan dosa-dosa seorang hambaNya sehinggalah manusia menghormati dan memuliakannya, maka beerti keadaan ini suatu ni'mat dan rahmat dari Allah SWT. Selanjutnya hamba tersebut wajib berterima kasih dan bersyukur kepada Allah SWT bukan kepada manusia. yang menghormatinya.
Makhluk Allah adalah tidak terlepas dari kekurangan ,keaiban dan cacat cela di sana sini.Tetapi pada masa yang sama banyak juga hal yang ada pada diri seseorang yang disukai oleh manusia lain dan bahkan dihormati dan dimuliakan.Sebenar segala keburukan dan keaiban telah Allah tutupi supaya manusia itu mencintai dan menyukai manusia yang lain, menghormati serta memuliakan di antara satu sama lain.
Hanya Allah sahajalah yang patut dipuji bukan makhluknya.Dan kalaupun kita memuji makhluknya, adalah hanya sekadar berterima kasih kerana mereka telahpun mendapat rahmat ni'mat Allah SWT kepada kita.
Dengan demikian, pada hakikatnya Allahlah yang telah memelihara kita dari segala keburukan dan keaiban.Sehingga ditutupnya sifat2 buruk yang ada pada diri kita dengan sifat2nya yang indah. Seterusnya dengan sebab itulah manusia menganggap kita sebagai seorang yang baik, bahkan menghormati dan memuliakan.
Apa yang paling penting ialah hendaknya kita sentiasa yakin dalam melihat keadaan tersebut sebagai ni'mat Allah SWT ke atas kita, dan bukan disebabkan diri kita.
Firman Allah dalam Al-Quran bermaksud:
"Kalaulah tidak kerana kurnia dan ni'mat Allah padamu, tentulah kamu mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja di antaramu. Surah an-Nisa' 83.
Firman Allah dalam ayat yang lain: "sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatnya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu bersih dari perbuatan2 keji dan mungkar itu selama2nya. Tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."Surah An-Nur:21.
Sabtu, 29 Mac 2014
Tentang "Hati."
Wajib ke atas anda memeliharanya, memperbaikinya mengelokkan serta mengerahkan tumpuan usaha tenaga yang besar terhadapnya kerana sesungguhnya hati itu adalah anggota yang paling besar bahayanya, yang paling banyak kesan pengaruhnya, yang paling halus urusannya yang paling payah memperbaikinya dan paling sukar keadaannya.Maka hairan sekali terhadap sesiapa yang mengambil perhatian berat terhadap wajahnya yang menjadi tempat perhatian makhluk lalu dia membasuh, membersihnya dari kotoran serta menghiaskannya dengan termampu supaya menjadi tumpuan dan tidak terlihat keaiban (wajah).
Sepatutnya dia membersihkan hati, menghiaskanya dan memperelokkan dengan sifat yang terpuji agar tidak dipandang oleh Allah akan kekotoran, kecacatan dan keaiban yang dimiliki.Sabda Rasullullah SAW:
: "Sesungguhnya Allah tidak hanya melihat kepada rupa dan kulit kamu (sahaja) tetapi Dia melihat sampai kepada hatimu." Kalau begitu hati adalah tempat tilik pandang Allah Tuhan semesta alam.
Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah jasad seluruhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah jasad sekeliannya. Ketahuilah bahawa gumpalan daging itu adalah hati."
Hati khazanah berharga. Sesungguhnya hati adalah tempat menyimpan segala permata yang sangat berharga bagi seorang hamba.Hati menyimpan berbagai jenis ilmu, akhlak yang mulia, sifat2 terpuji.Oleh itu wajiblah hati dipelihara dan dijagai daripada dicemari kekotoran dan kecacatan serta diawasi daripada musuh.
Hati adalah pusat tumpuan utama anggota badan anak Adam.Merawat hati adalah sangat sukar kerana Syaitan sentiasa menggunakan hati sebagai tempat menghasud dan menggoyah iman setiap mukmin.
Setiap manusia apabila melakukan amalan dinasihatkan agar ikhlas sepenuh hati Amalan yang disertai dengan riya' adalah dicela oleh agama.Sebarang amalan yang disertai dengan riya' dan mengharap pujian orang akan ditolak oleh Allah SWT.Apa yang penting dilakukan oleh seseorang mukmin adalah amalan yang ikhlas semata-mata hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.Nur ketuhanan dikurniakan Allah kepada seseorang yang sangat rajin dan tekun dalam mengingati Allah, samada menerusi zikir dengan lidah atau mengingatiNya dalam hati.keduanya bergabung disamping membiasakan diri melawan kehendak nafsu seperti makan yang melampaui batas, minum sepuasnya ,tidur semahunya, pemuasan nafsu syahwat sek tanpa kawalan dan sebagainya.
Imam Al-Ghazali ada berkata:
_ Hati adalah tempat ilmu, dan hati bukanlah daging tetapi sesuatu yang halus.
_Hati adalah yang mengatur semua anggota. Oleh kerana itu hati dipatuhi oleh sekelian anggota.
_Hati laksana kaca.
Apabila Nur Ilahi telah dianugerahkan Allah kepada hambanya maka Allah SWT akan meletakkan Nur didalam hati hamba tersebut. Dengan demikian maka hati dan rahsia yang merupakan hal-hal yang tersembunyi antara makhluk dan Allah dapat sampai kepada tujuannya iaitu masuk hati dengan semua perasaan untuk melihat kebesaran Allah dan keagunganNya .Sebenarnya bahawa tidak ada Tuhan yang menyembuhkan melainkan Allah tidak ada Tuhan yang berkehendak melainkan Allah,Tidak ada yang berkuasa melainkan Allah.
Khamis, 27 Mac 2014
Peliharalah mata.
Mengenai mata
~~~~~~~~~~
Wajib ke atas kita memelihara mata, semoga Allah memberikan taufiq kepada umatnya.Maka sesungguhnya mata itu sebab bagi segala fitnah dan kebinasaan, dan saya akan sebutkan 3 asal yang cukup dalam urusan mengenai mata:Firman Allah SWT dalam surah (An-Nuur, 24-30)
"Katakanlah ( wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menunudukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan mereka memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang mereka kerjakan."
Dalam ayat di atas terdapat tiga pengertian .
1)Didikan
2)Peringatan
3)Ancaman
Maka Allah Ta'ala telah mengingatkan bahawa pada menundukkan pandangan dapat menyucikan hati dan memperbanyakkan taat serta kebajikan. Maka sekiranya anda sengaja melihat yang haram nescaya anda akan memperolehi dosa besar dan barangkali hati terpikat dengan yang haram.Nanti anda akan binasa sekiranya Allah Ta"ala tidak merahmati anda.Allah azzawajalla jualah pemberi taufiq dengan kurniaNya dan kemurahanNya.
Baginda Rasulullah SAWtelah bersabda:
"Sesungguhnya memandang kepada (bahagian-bahagian) yang elok (lagi mengghairahkan daripada tubuh badan) wanita merupakan panah beracun daripada anak-anak iblis. Maka sesiapa yang meninggalkannya, nescaya Allah Ta'ala memberi rasa sedap beribadat yang akan menyukakannya."
Sesungguhnya apabila seseorang menahan dirinya daripada memandang kepada perkara yang tidak bermenafaat, nescaya anda akan mendapat kelazatan ibadat, kemanisan taat dan kejernihan hati yang anda tidak pernah mendapatinya sebelum ini.Oleh itu jagalah dan peliharalah anggota tersebut agar dapat digunakan untuk melihat Allah Ta'ala akhirat nanti.
Rabu, 26 Mac 2014
Kenali siapa sahabat anda.
Keluarga bahagia dan bertaqwa boleh menyumbang kepada pembinaan institusi masyarakat yang bersatu padu,berwibawa sejahtera dan bertaqwa.Ruang lingkup sosial individu yang membentuk keluarga, tidak hanya terbatas kepada hubungan sesama ahli keluarganya semata-mata bahkan meliputi hubungannya dengan ahli masyarakat setempat dan sekitar.
Adab bersahabat.
~~~~~~~~~~~~
Banyak panduan telah diberikan ole syarak dalam pemilihan sahabat.
Terdapat hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman atau rakan."
Ayat2 ini menegah kita bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun ada kalanya dia melakukan amal ibadat.
Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
_ Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
_Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
_Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
_Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Sayidina Ali k.m.h. pernah berkata:
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu(ketika susah dan senang).Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."
Abu Sulaiman al-Darani r.a. mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan:
1)Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian.
2)Orang yang dapat memberikan faedah dan manafaat dalam segala perkara.
Sememangnya Allah SWT menegaskan betapapentingnya dijalinkan hubungan persahabatan dengan orang2 beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yang dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini,menyuruh manusia kepada perkara2 kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.
Inilah yang ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya:
maksudnya: "Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan jangan pula berpecah belah."
(Surah Ali Imran:103)
Disamping itu hak seseorang individu dengan sahabat itu meliputi beberapa bidang seperti hak di bidang harta, hak memberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak memberi salam, hak menepati janji dan lain-lain.
Selasa, 25 Mac 2014
Berselawat bersamaku.
Berselawat bermakna doa, rahmat daripada Allah memberi berkat dan ibadah. Dari segi syarak pula :Mengakui kerasulan Baginda SAW lalu berdoa agar Allah SWT mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.
Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firman Allah:
maksudnya:" Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".
(surah al-Ahzab-56)
Kesimpulannya , berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada Allah(terhadap hambanya yang beriman) beerti memberi rahmat.Jika dari malaikat meminta keampunan dari Allah dan jika daripada orang beriman beerti doa kesejahteraan seperti; " Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW."
Kelebihan berselawat:
- Ia merupakan salah satu amalan paling utama.
-Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
-Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
-menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
-Selamat daripada huru-hara hari kiamat.
-Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
-Tiket mudah memasuki syurga dan terlepas daripada penghisaban yang rumit.
-Menggantikan sedekah bagi yang tidak mampu.
- Dikasihi Nabi SAW dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
-Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Masa dan tempat dianjurkan berselawat:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut:
-Sesudah laungan azan.
-Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
-Dalam takbir2 Hari Raya.
-Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat.
-Pada awal dan akhir bacaan doa,sesuai dengan hadis riwayat al-Tarmizi yang bermaksud;
"Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi,tidak diangkat
ke langit sehingga dibaca selawat ke atas Nabi SAW."
-Pada malam dan siang hari jumaat.
-Dalam khutbah dan semasa bacaan Qunut.
-Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.
-Tiap pagi dan petang ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain2.
Hadis tentang kelebihan selawatl
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak berselawat untukku ."
" Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat."
(Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Hakim daripada Anas r.a.)
" Sesiapa membaca selawat untukku pada hari jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 thn."
(Riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a.)
"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang,maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.."
(Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda r.a.)
"Dimana saja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a.)
Nota:Ada berbagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat, dan menjadi
~~~~
amalan para solehan,alim ulama serta orang2 yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Beberapa jenis selawat yang masyhur dan diamalkan secara meluas sejak zaman-berzaman.
.
" Ya Allah, curahkanlah limpah rahmatMu dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang ummi, yang menjadi kekasihMu yang agung darjatnya dan bertambahnya kemuliaan dan kepada keluarga dan sahabat Baginda sekalian."
Sebuah masjid dikota Istanbul
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firman Allah:
maksudnya:" Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".
(surah al-Ahzab-56)
Kesimpulannya , berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada Allah(terhadap hambanya yang beriman) beerti memberi rahmat.Jika dari malaikat meminta keampunan dari Allah dan jika daripada orang beriman beerti doa kesejahteraan seperti; " Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW."
Kelebihan berselawat:
- Ia merupakan salah satu amalan paling utama.
-Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
-Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
-menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
-Selamat daripada huru-hara hari kiamat.
-Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
-Tiket mudah memasuki syurga dan terlepas daripada penghisaban yang rumit.
-Menggantikan sedekah bagi yang tidak mampu.
- Dikasihi Nabi SAW dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
-Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Masa dan tempat dianjurkan berselawat:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW terutama pada waktu dan tempat berikut:
-Sesudah laungan azan.
-Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
-Dalam takbir2 Hari Raya.
-Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat.
-Pada awal dan akhir bacaan doa,sesuai dengan hadis riwayat al-Tarmizi yang bermaksud;
"Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi,tidak diangkat
ke langit sehingga dibaca selawat ke atas Nabi SAW."
-Pada malam dan siang hari jumaat.
-Dalam khutbah dan semasa bacaan Qunut.
-Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW.
-Tiap pagi dan petang ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain2.
Hadis tentang kelebihan selawatl
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
" Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak berselawat untukku ."
" Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat."
(Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Hakim daripada Anas r.a.)
" Sesiapa membaca selawat untukku pada hari jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 thn."
(Riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a.)
"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang,maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.."
(Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda r.a.)
"Dimana saja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a.)
Nota:Ada berbagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat, dan menjadi
~~~~
amalan para solehan,alim ulama serta orang2 yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Beberapa jenis selawat yang masyhur dan diamalkan secara meluas sejak zaman-berzaman.
.
" Ya Allah, curahkanlah limpah rahmatMu dan keselamatan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad yang ummi, yang menjadi kekasihMu yang agung darjatnya dan bertambahnya kemuliaan dan kepada keluarga dan sahabat Baginda sekalian."
Sebuah masjid dikota Istanbul
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isnin, 24 Mac 2014
Marilah berdoa.
Doa merupakan ungkapan permohonan atau permintaan yang ditujukan kepada Allah semata-mata, dalam usaha untuk memenuhi hajat atau keperluan.Restu dan reda Allah sentiasa dipohon untuk menghidupkan semangat atau harapan bagi menjamin kekuatan rohani dan jasmani insan.
Doa adalah inti dalam ibadah.Doa merupakan satu mekanisme yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang lemah dan tidak berdaya.Setiap insan memahami hakikat kehidupan memerlukan pertolongan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengurnia.Segala rahmat dan nikmat adalah kurniaan dari yang Esa.
Firman Allah SWT:
maksudnya":Berdoalah kepada Tuhan-mu dengan merendah diri dan dengan suara yang lunak. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas".
(Surah Al-A"Raf 13:55)
Firman AllahSWT: (Surah Al-Baqarah 2:186)
Maksudnya":Dan apabila hambaku-hambaku bertanya kepadamu tentang aku,maka (jawablah); sesungguhnya Aku adalah hampir.Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka mematuhi segala perintahKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu berada dalam kebenaran".
Takrf doa:
Doa adalah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi menyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum Muslimin dan Muslimat.
Doa termakbul ialah doa orang beriman dengan 3 cara:
1)dikabulkan secara lansung.
2)dihindarkan dari sesuatu bahaya dan bencana.
3)ditangguhkan ke suatu masa yang lain misalnya di hari akhirat akan diberikan pahala sesuai dengan permintaan itu.
Adab dan sifat berdoa bagi kemustajaban doa.
Setiap ibadat mesti mempunyai cara dan adab termasuklah berdoa.Ia mempunyai kaifiat dan adab supaya doa itu dimakbulkan dan diterima oleh Allah SWT dan tidaklah doa itu sia-sia sahaja. Berzikir dan berdoa adalah satu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi supaya di makbulkan oleh Allah.
Adab-adab berdoa.
1) keadaan bersih sebaik2nya berwuduk dan menutup aurat.
2) Khusyuk dan merendah diri kepada Allah dan menghadap kiblat.
3)merendahkan suara.
4)Jangan menggunakan lafaz doa bersajak.
5)Yakin doa akan dimakbulkan.
6) mengulang2 ungkapan doa yang penting.
7)memulakan dengan memuji Allah dan selawat (atas nabi SAW) mengakhiri dengan pujian terhadap Allah serta berselawat.
8)beristighfar(bertaubat) sebelum berdoa.
9) memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
10)doa bukan untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturahim dan jangan memohon segera
dimakbaulkan doa tersebut.
11)memulai doa dengan memohon keampunan untuk dosa diri sendiri yang dilakukan, kemudian untuk saudara-mara yang beriman.
12)hendaklah dengan penuh perasaan, pengharapan dan jangan cuba mengatakan ,"Ya Allah, ampunkanlah aku sekiranya Engkau mahu, rahmatilah aku sekiranya Engkau inginkan."
13) Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW.
14)Menadah tapak tangan menadah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah
15)Berdoa dengan suara perlahan.
16)Beriman kepada Allah deangan sebenarnya dan mematuhi segala ajaran-Nya serta menjauhi larangan2nya.
17)Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walaupun sejak sekian lamanya kita berdoa.
18)Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh2,serta yakin akan terkabulnya doa tersebut baik cepat ataupun lambat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, hendaklah bersungguh2."
(Riwayat Al-Bukhari)
19)Berdoalah dengan kalimah ringkas, jelas dan meliputi maksud yang di hajatkan.
Masa mustajab doa.
~~~~~~~~~~~~~
1)Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
2)Setiap lepas solat fardu 5 waktu.
3)Di antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
4)Di antara azan dan iqamat dan selepasnya.
5)Ketika bangun tidur.
6) Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
7)Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
8) Di antara takbir2 solat hari raya.
9)Di antara dua khutbah Jumaat dan hari raya.
10) Ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi.
11)Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
12) Ketika membaca Qunut bagi solat subuh.'
13)Tiap2 kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
14)Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah gelisah.
15) Ketika berjumpa sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
16)Ketika hujan turun.
17)Ketika nak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
18) Sepanjang malam, terutamanya sepertiga akhir dan waktu bersahur.
19)Ketika khatam al-Quran 30 juzuk atau selepas membaca ayat2 al- Quran.
20) Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
Tempat mustajab doa.
```````````````````````````````
Tempat2 yang afdal untuk berdoa.....
1)Apabila melihat Baitullah(Kaabah) diMakkah.
2)Ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah.
3) Di sekeliling dan didalam Kaabah.
4)Di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
5)Ketika melihat Masjid Nabawi di Madinah.
6)Di sisi telaga Zamzam.
8) Di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.
9) Di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijah.
10)Di padang Arafah pada 9 Zulhijah.
11)Di dalam masjid.
12) Disisi Jamratul Aqabah pd 11,12 dan 13 Zulhijah.
Ringkasnya: apabila dikatakan lidah kita mudah terdorong untuk berdoa beerti sudah ada tanda-tanda yang Allah akan memakbulkan permohonan kita itu.Apabila permohonan belum dimakbulkan, janganlah berputus asa kerana kalau di dunia, kita tidak memperolehinya maka di akhirat nanti mungkin doa kita akan dimakbulkan.
Tanda2 doa di makbulkan.
````````````````````````.
.1)Terasa sesuatu yang menakutkan.
2)Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat2).
3)Terasa menggeletar beberapa ketikasemasa berdoa.
Disamping itu doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang dalam keadaan seperti berikut:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Orang yang terdesak.
2) Orang yang dizalimi.
3) Anak yang berbuat baik terhadap kedua-dua ibubapanya.
4) Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim.
5) Orang tua yang soleh terhadap anaknya.
6) Orang yang suka bertaubat.
7) Pemimpin yang adil.
8) Orang berpuasa sebelum waktu berbuka.
9) Orang yang bermusafir.
Antara sebab doa-doa ditolak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Ditangguhkan pd suatu ketika yg munasabah.
2) menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.
3) kemungkinan syarat2 doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa2 tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir,makanan dan pakaian dari sumber-sumber yang haram dan syubhah.
Sebab2 doa ditolak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Kita mengenal Allah tetapi segala hak yang diamanahkan kepada kita tidak dilaksanakan.
2) Sunah Rasulullah SAW diremehkan walaupun kita menyintainya.
3) Al-Quran dibaca siang dan malam tetapi kita tak beramal dengannya.
4) Tidak bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.
5) Syaitan dijadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia sebagai musuh.
6) Kita tidak beramal bersungguh2 walaupun kita mengetahui bahawa syurga itu benar.
7) maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu adalah balasan untuk orang yang berbuat maksiat.
8) Tidak menyediakan bekalan hari akhirat walaupun kita percaya mati itu benar.
9) Sentiasa mencari keaiban dan kesalahan orang tetapi tidak memerhatikan keaiban diri sendiri.
10) Tidak mengambil iktibar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati.
Sebab2 doa ditangguhkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Allah maha adil dan tahu sikap hambanya iaitu kalau dimakbulkan, boleh jadi ia akan sombong, bongkak, lupa diri dan sebagainya maka ditangguhkan kesuatu ketika yang munasabah dan sesuai.
2) Allah hendak memberi sesuatu yang lebih bernilai daripada apa yang diminta .
3) Permohonan itu ditangguhkan ke hari penghitungan nanti.
4) Mungkin Allah mahukan supaya kita sentiasa beramal dan berdoa, sekiranya apabila doa terus dimakbulkan mungkin kita tidak meminta bahkan tidak berdoa lagi.
5) Boleh jadi permohonan yang diterima oleh Allah akan membawa susah kepada kita walaupun pada zahirnya kita senang.
6) Mungkin syarat2 doa dan adabnya tidak lengkap dan supaya kita sentiasa mengkaji mengapa doa itu ditolak.
Telah diketahui umum bahawa ajal maut, rezeki,jodoh pertemuan semuanya ditangan Allah SWT.
Segala pekerjaan makhluk sama ada makan ,minum,tidur,bekerja susah,senang,sakit dan sebagainya berlaku dengan kehendak Allah jua. Walau bagaimanapun umat Islam dagalakkan supaya berdoa dan berikhtiar kerana masih ada ruang ketentuan Ilahi boleh berubah.
Nota: Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambahkan rezekinya, hendaklah dia berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambung silaturahim. Dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita, dapat menjadikan anak2 kita sihat, soleh dan pintar.
Isnin, 10 Mac 2014
Uzbekistan
Makam Imam Bukhari.
Destinasi kali ni,menuju ke negeri Uzbekistan dan laluan sutera bahagian asia tengah pada musim bunga di Tashkent,Fergana,Kokand,Ristan,Margilan-Chimgan,Charvak dan Samarkand.
Uzbekistan sebuah negara yang pernah dijajahi kerajaan komunis Russia satu ketika dulu kini sudah merdeka dan membangun .Negara ini mencipta berbagai teknologi baru dalam industri kapal terbang dan kereta.Teknologi yang sangat berharga dan pastinya mereka pastikan setiap ciptaan mereka tidak diciplak oleh negara lain .Mereka amat berhati-hati dalam hal ni.Kita akan dapat lihat apabila mereka menegah pelancong mengambil gambar pada setengah2 tempat.Pada mulanya agak janggal juga kalau dijeritkan "ladies no photo". lagi-lagi baru sampai saja dekat airport.Ada juga kelibat tentera mengawal dengan senapang seolah-olah negara dalam perang plak!.
Oleh kerana negara ni, pernah jadi jajahan Russia, orangnya cantik2 belaka ,campuran Russia -Cina.Kulitnya cantik putih mulus bermata biru macam kucing siam.Ibukota Uzbekistan iaitu Tashkent nampak maju ada subway bawah tanah yang canggih dan banggunanya tak tinggi dan moden.Persekitaran amat bersih sampai susah nak tengok sampah di merata tempat.Sungguh mereka menitikberatkan
kebersihan
Keadaan diTashkent aman damai ,sehingga kita boleh mendengar kicauan beburung.Semasa sy sampai musim bunga telah tiba ,cuaca masih lagi sejuk.Di sini terdapat empat musim dan suhu waktu ni,8hingga 12 darjah celcius.Perbezaan waktu di sini 3jam di belakang waktu Malaysia.Mata wangnya pula Uzbekistan Som.Nilai wangnya sangat rendah rm 1 -0.609 som. Sini terkenal dengan kekacang dan buahan kering.
Lawatan hari pertama bermula dengan lawatan ke Kota Taskent meliputi Kompleks Khasti imam terdiri dari makam Kaffal Ash-Shashi, Barak Khan Madrassal, Sek .Tinggi Agama Imam Al-Bukhari,Masjid Tilla Sheikh dan Museum Manuskrip Islam Di museum ini mempamerkan Al-Quran yang masih ada kesan darah Saidina Osman R.A. semasa dibunuh.
Seterusnya ke Registan iaitu makam Muhammad Abu Mansur Al -Maturidi (pengasas ilmu akidah dan tauhid.).Kemudian ke Gur Emir Mausoleum.Singgah makan tengahari di Mustaklik,terus pula ke Independence Square,Dataran Teatre ,Navoi Opera dan Dataran
Amir Timur..Di sini sempat juga membeli-belah di Chorsu Bazar.Terdapat banyak barangan kulit dijual di sini.
Amir Timur..Di sini sempat juga membeli-belah di Chorsu Bazar.Terdapat banyak barangan kulit dijual di sini.
Samarkand.
Bertolak ke Samarkand dengan keretapi laju iaitu Afrosiab.Pemandangan di luar sungguh menakjubkan dan udara di luar terasa nyaman dengan bukit bukau menghijau. Terasa tenteram hati ini melihat keindahan semulajadi ciptaan tuhan .SubhanAllah.
Sampai saja di Samarkand ynag kaya dengan sejarah silam serta melawat Masjid Al-Bukhari ,lawatan ke Gur Emir termasuk Ulubek,Shir Dov, Tilya Kari Madrasah dan Masjid Bibi Khanum.Apabila diceritakan pengkisahan Bibi khanum wanita Monggolia yang amat jelita menjadi isteri (Timurlane) pada masa itu yang amat setia kepada suami yang sanggup berkorban apa saja sehingga sanggup menghadiah sebuah istana untuk suaminya.Istana itulah menjadi monumen sejarah yang masih dipelihara hingga ke hari ini.Kisah Timurlane menjadi kebanggaan di Uzbek kerana raja ni,berjaya membina empayar Mogul hingga ke India.
Penaklukan empayar Mogul membawa Islam bertapak di India. Kesan yang boleh kita lihat iaitu Istana Shah Jahan.
Sampai saja di Samarkand ynag kaya dengan sejarah silam serta melawat Masjid Al-Bukhari ,lawatan ke Gur Emir termasuk Ulubek,Shir Dov, Tilya Kari Madrasah dan Masjid Bibi Khanum.Apabila diceritakan pengkisahan Bibi khanum wanita Monggolia yang amat jelita menjadi isteri (Timurlane) pada masa itu yang amat setia kepada suami yang sanggup berkorban apa saja sehingga sanggup menghadiah sebuah istana untuk suaminya.Istana itulah menjadi monumen sejarah yang masih dipelihara hingga ke hari ini.Kisah Timurlane menjadi kebanggaan di Uzbek kerana raja ni,berjaya membina empayar Mogul hingga ke India.
Penaklukan empayar Mogul membawa Islam bertapak di India. Kesan yang boleh kita lihat iaitu Istana Shah Jahan.
Di Samarkand membuat lawatan ke Shah-i-Zinda Necropolis, Ulubek Observatory dan acara membeli-belah di pasar Samarkand.Makan tengahari sambil menonton pertunjukkan kebudayaan serta adat perkahwinan orang2 tempatan.Esoknya kembali ke Tashkent. Tashkent-Fergana,Kokand,Rishtan,dan Margilan.
Menaiki flight ke Fergana ke "Fergana Valley"melalui kota Margilan yang terkenal dengan kain sutera Khan-Atlas.Ianya ditenun dan dicelup menggunakan teknologi kuno.Seterusnya ke kilang sutera Yodgorlik.Sy sempat membeli sehelai dua sutera di kilang ni.Petangnya ke perkampungan Ristan yang terkenal dengan pottery dan ceramik biru buatan tangan.Halus dan teliti buatannya.
Ke bandar Kokand untuk melihat monumen bersejarah termasuk Istana Khudoyar Khan dan bertolak dengan kenderaan ringan ke pergunungan(Kamchik Pass) sambil menghayati keindahan pemandangan bukit bukau menghijau dan.kawasan pergunungan sangat sejuk hingga terpaksa memakai sarung tangan.
Lawatan ke Chimgan dan Charvak.
Selepas sarapan pagi bertolak ke kawasan pergunungan Chimgan letaknya kira2 100km dari bandar.Dikenali dengan jolokan "Switzerland of Uzbek" mempunyai pusat rekreasi dan ski resort.Pada musim sejuk terdapat salji tebal dan kegiatan sukan ski dibuka untuk pelancong .Ada kereta kabel untuk membawa pelancong keatas gunung untuk melihat panorama dan menghirup udara pergunungan yang segar dan bersih.Akhir sekali membuat lawatan ke Charvak iaitu empangan air terbesar di Uzbekistan yang menjadi sumber letrik dan air negara ni,Kawasan ini menjadi kawasan rekreasi pada musim panas.Panoramanya cantik ,udaranya pun bersih.Air tasek ini kebiruan ashik mata memandang inilah ciptaan Allah ,nampak unik sekali SubhanAllah...
Tiba hari untuk pulang ,menaiki pesawat Uzbekistan Airways selamat sampai di KLIA penuh dengan manis yang tak akan dilupakan.
Roti Uzbek,bukan pinggan.
Beginilah keadaan di Uzbekistan ,suasananya yang tenteram ,bersih dan orangnya pula lembut budi bahasa.
Orangnya cantik ,putih mulus dan sentiasa tersenyum.Kesimpulannya kalau diberi peluang sy akan kesini lagi kalau panjang umur.
Ho Chi minh (Vietnam)
Ho Chi Minh sebuah negara tinggalan perang yang dikenali juga dengan nama Vietnam.Apa yang menariknya nagara ini walau teruk dilanda perang tetapi punduduknya sangat kuat semangat dan tak pernah berputus asa membangunkan keambali terkenal di mata dunia .Bagi rakyat Malaysia Vietnam ini sudah sinonim dengan pusat beli-belah pakaian siap yang cantik dan berharga murah.Cuaca di Vietnam ni,sama saja dengan cuaca malaysia ,panas dan lembab.Mata wang Vietnam lebih murah dan kita boleh berbelanja lebih.
Negara n, berusia lebih 300thn mempunyai banyak tinggalan sejarah dan banggunan seperti Pejabat Pos yang senibinanya seakan banggunan ala Perancis.
Sampai saja dari KLIA terus saja buat lawatan merentasi kota dan singgah makan malam di Restoran Seri Penang.Masakannya boleh tahan ala-ala Thai gitu!.Esoknya bergerak menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari bandar.Terowong ini dikatakan dibina oleh tentera Vietnam sebagai kubu dan tempat persembunyian tentera dari musuh.Di sini terasa agak menyeramkan juga kerana teringat akan berapa banyak nyawa yang melayang ketika itu.Ada juga sahabat yang sampai kini masih tak berani nak ambil gambar dikawasan ni, kerana terambil gambar orang yang tak dikenali berdiri di sebelah. Seramnya...........
Jikalau anda pandai menembak ,acara menembak disediakan dengan sedikit bayaran dengan menggunakan peluru hidup.Siaplah bunyi yang menyakitkan telinga....
Selesai melawat sy dibawa singgah makan tengahari di Restoran Halal Empat Musim.Selesai makan dibawa pula melawat Masjid Ar-Rahim.Masjid ni, telah dibina pada tahun 1885 oleh umat Islam dari Malaysia dan Indonesia.Lebih dari 200 umat Islam menunaikan solat disini Ada satu lagi mesjid di sini bernama Masjid Musulman ,masjid ini masjid yang paling sesak di kota ini.Masjid ini dibina oleh pedagang dari India.
Seterusnya membeli-belah di kedai Hong Anh,kedai Mai dan Pasar Ben Thanh.Waktu balik singgah pula kat Hardrock Coffee.
Besoknya sy dibawa ke My Tho City dengan menaiki bot besar ketengah sungai Mekong untuk melawat empat pulau iaitu Pulau Long,Lan, Qui dan Phuong.Di sini terdapat dusun buahan dan ternakan lebah.Hasil tanaman dan buahan di sini dijual juga kepada pelancong .Pokok disini subur kerana pulau ini sentiasa mendapat air yang cukup dari sungai Mekong.Ada berbagai barang dijual termasuk souvenir untuk dibuat kenangan.Dipulau ni sy disajikan dengan buahan tempatan sambil dialunkan dengan lagu dari Malaysia."pandai plak berbahasa Melayu".
Waktu pulang dibawa melalui denai2 yang sempit dengan sampan kecil keluar dari pulau menuju ke bot besar.Suasana menakutkan juga kerana sampan yang dinaiki terkolek2 dialun ombak sungai Mekong.Apabila sampai di daratan meneruskan perjalanan dan singgah makan di Restoran Vn halal .Kembali semula ke bandar Saigon,melawat ke perkampungan Melayu Duong Ba Trac.Acara membeli-belah di sini dikedai Vn Anh Boutique,Lee Russian Market,Saigon Square Centre,Tax Centre dan An Dong Plaza.Makan malam seterusnya di Saigon City.
Tiba masa untuk pulang,percutian ni, menyeronokkan dan ,disamping membeli-belah dapat mengetahui peninggalan sejarah.Pulang dengan penuh kenangan manis.
Catatan:Terowong Cuci adalah sebuah terowong di perkampungan Cuci, Saigon Vietnam.
40km dari pusat bandar.Semasa perang trowong diduduki oleh tentera sebagai satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri daripada serangan musuh. Terowong ini menjadi aset perlancongan yang popular di Vietnam.
My Tho adalah perkampungan desa yang menjadi tempat penanaman padi.
Sungai Mekong adalah sungai yang ke 10 terpanjang di dunia.
The War Museum adalah muzium perang yang peragakan peralatan perang.
Saigon Central Post Office berada berhampiran Basilica Saigon Notre-Dame, gereja utama di bandar ini.Ianya telah dibina oleh akitek terkenal Gustave Eiffel dari perancis.
Pusat beli-belah: Ben Thanh Market
Vi Anh Boutique
Kedai kraftangan.
Catatan:Terowong Cuci adalah sebuah terowong di perkampungan Cuci, Saigon Vietnam.
40km dari pusat bandar.Semasa perang trowong diduduki oleh tentera sebagai satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri daripada serangan musuh. Terowong ini menjadi aset perlancongan yang popular di Vietnam.
My Tho adalah perkampungan desa yang menjadi tempat penanaman padi.
Sungai Mekong adalah sungai yang ke 10 terpanjang di dunia.
The War Museum adalah muzium perang yang peragakan peralatan perang.
Saigon Central Post Office berada berhampiran Basilica Saigon Notre-Dame, gereja utama di bandar ini.Ianya telah dibina oleh akitek terkenal Gustave Eiffel dari perancis.
Pusat beli-belah: Ben Thanh Market
Vi Anh Boutique
Kedai kraftangan.
Ahad, 9 Mac 2014
Apabila disapa kerinduan.
Muhamad Murtadzo b.Ghazali
Kerinduan pada sahabat boleh ber FB
Kerinduan pada keluarga panggil berkumpul hilanglah rindu,
Kerinduan kepada yang telah pergi buat kita mengalirkan air mata kerana tidak akan bertemu lagi sehingga hari kebangkitan kembali.
Pada tanggal 14 june 2009 adalah tahun kesedihan buat sy dan keluarga apabila anak ku ini pergi meninggalkan kami sekeluarga.Perginya pada usia muda iaitu berumur 20 tahun pada ketika itu.Masih belajar di UITM Penang .Anakku ini seorang yang baik dan redha akan ketentuan dari Allah.Kesedihan dan keperitan pemergiannya amat dirasai oleh ibunya ini .Berbulan, bertahun bersedih makan tak lalu mandi pun tak basah.Tapi yang pergi tetap pergi,tak akan kembali lagi.Sudah tak takdir Ilahi dan ibumu pasrah dengan takdir yang maha esa.Ibumu bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan anak yang baik selama 20 tahun ni.
Ya Allah ampunkan segala dosa anakku,
Ya Allah tempatkanlah dia di syurgamu,
Luaskan kuburnya ya Allah,
Tempatkanlah rohnya bersama2 orang2 beriman yang kau kasihi,
Kurniakanlah anakku bidadari syurga ......
Ibumu sentiasa mendoakan selagi hayat dikandung badan................Al -Fathihah.
Selasa, 4 Mac 2014
Korea+Jeju+Nami Island
Melancong ke Korea sambil mempelajari cara hidup kebudayaan, makanan dan keunikan adat keluarga di raja Korea . Apabila sampai saja di airport Incheon kami terus menunggu flight ke Jeju Island dikenali sebagai paradise for honeymooners. Terjadinya pulau dari pembentukan lava gunung berapi, sebab tu kita boleh nampak tanah2 dengan batu2 hitam macam kena bakar. Apa pun pulau ni, memang cantiklah.Terdapat batu yang dikenali sebagai Youngduam Dragon Head Rock yang menyerupai kepala naga. Perjalanan lawatan diteruskan ke Seopjikopi bahagian timur Jeju Island dan Seongsan Iichulabaong Peak. Dari tempat ni, kita dapat melihat keindahan matahari terbenam.Cuaca sekarang antara 5 ke 15C agak sejuk juga.Pemandangan berkabus ,bunga Sakura berbunga dengan banyaknya ada yang berwarna putih ada pula bewarna pink. Cantik sungguh!!
Meneruskan perjalanan ke Seongeup Folk Village Teseum, Mistery Road Ghost Road(Doggabi Road). Esoknya terbang balik ke Seoul dan mengambil flight ke Nami Island pula. Melawat kebun buahan iaitu Orchard Experience Farm. Berbagai buah ditanam seperti Apple, Strawberry, Oranges dan lain2. Melawat ke tempat pembuatan kimci dapat mengetahui tentang sejarah nutrisi, demonstrasi dan acara merasa kimci yang telah dibuat sendiri menjadi pengalaman manis yang tak dapat dilupakan oleh sesiapa saja yang dah berkunjung di sini, Anda berpeluang juga memakai pakaian tradisional Korea Han-Bok dan bergambar sepuasnya. Selepas makan tengahari, melawat pulau Nami.Disinilah dikatakan pengembaraan filem "Winter Sonata"drama popular Korea suatu masa dulu.
Meneruskan perjalanan ke Mount Sorak National Park. Pemandangan dari atas cable car memang cantik. Nampak hutan yang menghijau dan menenangkan. Lawatan ke Teddy Bear Museum. Terdapat berbagai Teddy Bear berbagai saiz. Tempat ni, sesuai dengan peminat patung Bear je!
Ke Yongin Everland Park - Theme Park yang besar lagi luas termasuk Zoo serta Taman Botanikal. Terasa bagai berada di Paris apabila kita dapati banggunan banyak menyerupai senibina Enggeris dan Eropah. Di Botanikal Garden, bunga2 ditanam dengan tersusun cantik, Sebenarnya tempat ni, sesuai untuk kanak2.
Sebelum pulang cuci mata dekat pasar Dongdaemun yang menjual berbagai jenis pakaian dan souviner.
Seterusnya
ke Cosmetic Shop, Amethyst Factory dan Myeongdong Fashion Street.
Petangnya ke Ice Galery. Di sini kita diberi peluang mengukir ice sesuka
hati kita. Banyak kejadian yang lucu berlaku di sini. Namsangol Hanok
Village adalah sebuah perkampungan tradisional yang telah dijadikan
tempat kunjungan pelancong yang ingin merasai sendiri suasana di
perkampungan ini. Berbagai aktiviti yang berbeza bagi setiap rumah yang
berbeza juga bentuknya. Selesai lawatan,singgah pula ke Namdaemun Market
iaitu pasar tradisional menjual berbagai jenis barangan basah dan
kering termasuk pakaian, Suasana bagaikan berada di pasar malam
Malaysia, cuma bezanya lebih luas sampai tak larat nak jalan. Malamnya
ke Hanggang River Ferry Cruise iaitu sungai terbesar di Kota Seoul. Hari
berangkat pulang telah tiba, Malamnya menaiki pesawat ke Kuala Lumpur
dan tiba di KLIA dengan penuh kenangan manis
Catatan:Seoul merupakan bandar Korea Selatan menjadi pusat utama ekonomi, politik dan budaya.
Everland Park merupakan taman tema yang dilawati hampir jutaan pelancong terkenal didunia dibina pada tahun 2007 termasuk zoo dan taman air yang dikenali sebagai Caribbean Bay.Everland dikendalikan oleh syarikat Samsung iaitu syarikat terbesar di Korea.
Pulau Nabi ,pulau kecil terletak di Chunchion Korea Selatan.Namanya mengambil sempena nama ketua nami yang meniggal dunia pada usia 28 thn selepas dituduh pengkianat semasa pemerintahan Raja Sejo raja ketujuh Dinasti Joseon.Pulau ini menjadi tumpuan pelancong dan pernah menjadi lokasi pengambaran filem Winter Sonata.
Kyongbok Palace dibina pada 1395 oleh Raja taejjo pengasas dinasti Chosun. Kyongbok bermakna "Istana Hari Kebahgiaan." Terdapat 200 banggunan masih utuh biarpun pernah dijajah oleh Jepun pada zaman perang..
Di
Korea terkenal juga dengan ginseng yang bermutu tinggi dan dijual
dengan harga yang mahal. Produk kesihatan ni, menjadi amalan individu
dan ternyata memberi kesan yang baik . Kita dapat lihat ramai warga tua
di sini masih kuat dan berjalan laju biarpun sudah lanjut usia Mungkin
mereka2 ni, mengamalkan pemakanan ginseng dan kimci sejak dari muda
lagi.
Catatan:Seoul merupakan bandar Korea Selatan menjadi pusat utama ekonomi, politik dan budaya.
Everland Park merupakan taman tema yang dilawati hampir jutaan pelancong terkenal didunia dibina pada tahun 2007 termasuk zoo dan taman air yang dikenali sebagai Caribbean Bay.Everland dikendalikan oleh syarikat Samsung iaitu syarikat terbesar di Korea.
Pulau Nabi ,pulau kecil terletak di Chunchion Korea Selatan.Namanya mengambil sempena nama ketua nami yang meniggal dunia pada usia 28 thn selepas dituduh pengkianat semasa pemerintahan Raja Sejo raja ketujuh Dinasti Joseon.Pulau ini menjadi tumpuan pelancong dan pernah menjadi lokasi pengambaran filem Winter Sonata.
Kyongbok Palace dibina pada 1395 oleh Raja taejjo pengasas dinasti Chosun. Kyongbok bermakna "Istana Hari Kebahgiaan." Terdapat 200 banggunan masih utuh biarpun pernah dijajah oleh Jepun pada zaman perang..
Langgan:
Catatan (Atom)