Khamis, 27 Februari 2014

Melancong ke Eropah Part 4 (Amsterdam)

Bertolak ke negara Belanda menuju ke ibukota Amsterdam.Lawatan ke kota bawah aras laut ini bermula dengan Canal Cruise melalui terusan dalam kota sambil melihat persekitaran kota dari paras air. Cruise berakhir di pusat pemotongan berlian.Ada demonstrasi buatan dari mulanya satu ketulan besar hingga menjadi berlian2 yg sedia untuk diikat emas. Dikatakan berlian di sini agak murah dan akan mendapat diskaun potongan wang dikembalikan di airpot nanti.

Seterusnya lawatan ke Damrak ditengah kota Amsterdam. Berjalan kaki ditengah kota dan melewati satu
tempat yang digelar" Red light district" uuuuuuuuuuupst orng yng tahu je boleh cerita.
esoknya berkunjung ke perkampungan kincir angin(windmill) Zanse Schans yang memaparkan berbagai bentuk dan jenis kincir angin,tempat buat keju dan terompah(klompen).Suasana di sini cantik kalau musim bunga dikatakan penuh dengan bunga Tulip.

Lawatan seterusnya ke Volendam, perkampungan di tepi laut. Pemandangan indah sekali.Perkampungan nelayan ni wujud sejak dahulu lagi tapi sekarang dijadikan tempat pelancongan.Ada berbagai souvenir dari Holland untuk dibeli sebagai kenangan.Banyak kedai seafood di sepanjang pantai ni,Sempat jua kumpulan kami merasai sup ikan yang dimakan panas2.Lazat jua ....kalau dah lapar.

Dalam perjalanan pulang singgah di masjid bersolat kat situ.Di sini ramai juga penduduk beragama Islam,ada juga orang dari Indonesia tinggal dan bekerja kat sini. Belanda pun ada ramai di Indon sebab negara tu
pernah jadi jajahannya. Malamnya tidur dihotel berhampiran airport Schipol.Hari berangkat menjelang tiba,pulang ke tanah air direct flight dari Amsterdam ke KLIA penuh dengan kenangan manis.














Melancong ke Eropah Part 3 (Brussels)









Selepas sarapan pagi check out hotel bertolak ke negara Belgium.Persinggahan pertama di perkampungan
bernama Damme.Kampung yang telah ujud lebih dari 1000 tahun,memang cantik .masih mengekalkan keaslian nampak natural dan tidak terusik diarus pembanggunan.Menaiki bot paddle steamer sambil menghayati keindahan sepanjang terusan menuju ke pekan Bruges yang kecil & indah.Lawatan ke pekan dengan berjalan kaki meliputi Market Square,Belfry Tower(dari luar shj) Burg Square,Town Hall dan lain2.

Disini terkenal dengan coklatnya .Setiap kedai memilki coklat berbeza dan boleh dirasa sebelum dibeli.Diingatkan juga ada coklat yang tak halal dimakan.Hati-hati!!Setiap kedai akan ada replika budak tengah kencing ,seolah2 mercu tanda la pulak.Rupanya ada lagenda dan cerita disebalaik simbol ni. Kalau nak tahu .....silalah berkunjung ke Brussels.Saya berkesempatan membeli sedikit coklat buah tangan untuk anak2,dibeli dikedai arab pastinya yang halal!.

Di Bruges ni , nampak macam mewah betul dengan banggunan penuh dengan ukiran ada juga yang bersalut emas tulin.Tak nampak pun masjid kat sini jelaslah minuriti islam di sini terdiri daripada pedagang2 arab.
Perjalanan diteruskan lagi,bertolak pula ke negara Belanda.
 

Rabu, 26 Februari 2014

Melancong ke Eropah Part 2 (Paris)









Pagi2 lagi peserta rombongan dah keluar hotel menuju ke Stesen keretapi St Pancreas. Keretapi ni, berkelajuan tinggi (Eurostar) menuju ke Paris ibukota Perancis.Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam.Dari dalam keretapi dapat melihat panorama ,pemandangan yg cantik dan ladang yang luas mata memandang.Sampai saja di Paris lawatan diteruskan di sekitar Kota Paris meliputi Opera House,Notredam
Cathedral, Arch de triomphe, Chams Elysees street, Place de la Concorde,Eiffel Tower hingga ke aras 2 dan menyusuri Sungai Seine dengan Cruise.

Pada malamnya kami berada di sekitar Eiffel Tower semata2 mahu menunggu menyalanya lampu bewarna kuning bergemerlapan setiap 5minit. Memang cantik dan terpukau mata memandang.Di Paris kami dibawa
membeli-belah di pusat beli-belah terbesar iaitu La Valle Outlet Village.

Seterusnya bersukaria di Disneyland .Melihat perarakan watak Disney di samping mencuba berbagai permainan untuk dewasa dan kanak2 hingga waktu tutup.








Catatan:Dame La adalah nama lain untuk Menara Effel yang terletak di Cham De Mars Paris. Dibina pada tahun 1889, ia telah menjadi ikon global Perancis dan salah satu struktur yang paling dikenali di dunia. Menara ini merupakan banggunan yang paling tertinggi di Paris dan monumen paling berharga di dunia. Dinamakan sempena sempena nama jurutera Gustave Eiffle, menara ini terdapat pintu gerbang untuk masuk mempunyai ketinggian 324m(1063 kaki) sama tinggi dengan bangguan 81 tingkat.

Jumaat, 21 Februari 2014

Melancong ke Eropah Part 1 (London)

 Berlatar belakangkan Big Ben


 Istana Buckingham

Bergambar di London depan istana Buckingham Palace. Cuaca waktu ni,sekitar 12-15 c..
Perjalanan berkumpulan amat menyeronokkan walaupun pada mulanya kami tak mengenali satu sama lain tapi semua itu tak jadi masaalah"asal pandai bawa diri".Penerbangan ke London pukul 10 pg memakan masa 13 jam direct flight.Dijangka sampai pd pukul 4pg waktu london.
Sampai di London ,bas sedia menunggu dan terus dibawa merentasi kota menuju ke hotel.Masuk hotel dan berehat dari perjalanan yg panjang.(beribu km).
Esoknya lawatan diteruskan meliputi Buckingham Palace Trafalgar Square,Big Ben,Tower Bridge berhampiran Tower of London.Perbezaan waktu London 8jam di belakang waktu Malaysia.Sekarang musim
gugur (autumn) dedaun bertukar warna,Mata wang di sini Pound Sterling kira2 5RM 1Pound.
Berada di kota London bagaikan mimpi kerana inilah impian saya sejak dulu lagi.Shukur kpd Allah impian ini tercapai jua dan terima kasehlah kepada suami kerana merealisasikannya.Kota London sungguh cantik ,masih mengekalkan bangunan lama dan tempat2 sejarahnya .Jalan raya tidak sibuk dan orang2nya nampak baik je! selalu sebut maafkan saya.
Singgah di Malaysia Hall disana ada sebuah restoran orang melayu .makanannya sedap tetapi mahal ,sepinggan nasi lemak dengan sambal ikan bilis telor hampir rm60.Makan tengahari di restoran Lagenda.Seronok juga dapat jumpa orang melayu kat sana.Kemudian bersolat dekat surau di Holiday Villa.
Petangnya melawat ke Wax Museum(Madam Tassaud,Terdapat berbagai patung lilin diukir menyerupai artis2dan ahli2 politik ternama.Nampak macam real je!.
Perjalanan seterusnya ke Oxford Street yg terkenal dengan kedai berjenama mahal .Kat sini kalau kalau bawa duit banyak mana pun boleh habis!.




catatan:The Big Ben adalah nama samaran untuk jam loceng besar d hujung utara Istana Westminster di London.Jam yang ketiga terbesar dan tertinggi di dunia . Jam ini siap di bina pada 10 April 1858. Menara jam ini menjadi simbol yang paling tekenal untuk London dan England.













London Bridge






   

Rabu, 19 Februari 2014

Umrah Jordan Petra.

Kembali menemui pembaca,sekali lagi sy nak berkongsi cerita semoga dapat menjadi panduan kalau2lah
ada yang nak keJordan dan Petra. Apabila mendarat di lapangan terbang Queen Alia hati rasa lega,maklumlah perjalanan 9jam 20 minit menyakitkan belakang.Apabila selesai perkara berkaitan imegresen dan kastam,jemaah keluar kelihatan bas dah pun menanti di luar.Maka bermulalah perjalanan kebumi anbia ini dan terkenal jua dengan minyak zaitonnya yg berqualiti.Cuaca pd masa sy sampai sekitar 9-10 c,sejuk semua jemaah mengenakan baju tebal agar tak kesejukan.



Bergambar di Petra.

Bermula dgn doa kami memulakan perjalanan keGua Ashabul Kahfi.Terkenal dengan nama(seven sleepers cave).Masuk saja ke dlm gua terhambur bau yg wangi bak kasturi.Dalam gua masih lagi ada kesan2 sejarah
dan makam mereka2 itu.Subhanallah,inilah yg diceritakan dalam Al-quran betapa besar kuasa Allah yg telah
menghidupkan yg telah mati,Inilah tanda kebesaran Allah. Meneruskan perjalanan ke makam sahabat nabi iaitu Zaid ibn Harithah,makam sepupu nabi ,Jaafar ibn Abu Talib,makam Abdullah ibn Rawahah ibnThaalabah.

 Gua Ashabul Kahfi

Lawatan seterusnya ke Petra.Perjalanan dengan berjalan kaki memerlukan stamina yng baik disamping kasut yg sesuai.Oleh kerana pelancong harus berjalan jauh beberapa km, disyorkan kpd sesiapa yang tak mampu melakukannya agar menyewa kereta yg ditarik oleh keldai atau menaiki kuda. Di Jordan ni,mata wang dalam dinar.kadarnya rm5 duit kita 1 dinar. (macam duit Uk plak)jangan terkejut!
Petra terkenal dengan nama"Red rose city of Petra".Ia telah disenaraikan dalam warisan dunia terpilih sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia.(seven wonders of the world).

Melangkah di kawasan Petra ni,mulanya menyeramkan .Apa tidaknya terasa kita ni jauh di dasar bumi. Kiri kanan gunung yg terbelah dengan ukiran badan manusia dan berbagai lagi setiap lubang menjadi tempat persemadian .Sebenarnya perjalanan kedalam Petra memakan masa 4jam .Oleh kerana jemaah semua keletihan kami buat setengah jalan kerana haripun dah petang.Tempat ni ditutup pd malamhari.
Esoknya terus melawat makam Abdul Rahman bin Awf,makam Bilal bin Rabah,makam Nabi Shuib dan makam Nabi Ishak.SY merasa puas apabila melawat makam2 n, kerana nak ambil berkat.
Seterusnya ke Laut Mati.Tempatnya memang cantik bersempadan dengan Hebron dan di kirinya Palestin.

Haji Ghazali di perkarangan Masjidilharam.


Makam Nabi Shuib
Pemandangan Laut Mati




Laut Mati.Disinilah dikatakan tempat terbaliknya penempatan kaum yang ingkar dengan perintah Allah
untuk meninggalkan perbuatan homoseksual(yg suka kaum sejenis)yg kemudiannya menjadi laut.
Kaum Nabi Luth ni dilaknat Allah Subhanawataala.

Di Laut Mati ramai jemaah mengambil peluang mandi paling tidak cecah2 kaki merasa kemasinannya..Ada restoran kat sini menyediakan nasi dan lauk pauknya pun banyak.Di Jordan makanan utama roti,so sapa nak pergi sana biasakan diri makan roti.
Tiba hari untuk pulang, dalam perjalanan singgah makam Abu Ubaidah ibnJarrah,makam Derar ibn Al Azwar,makam shuraabil ibn Hasanah dan Mu'ath bin jabal. Dalam perjalanan ke lapangan terbang singgah
kat Abadoun beliabar angan balik malaysia.Kepada sesiapa yang ke Jordan jangan fikir panjang disamping berjalan beroleh pahala.

Tempat yang dilawati:

Catatan: Gua Ashab Al-Khaf (7 sleepers Cave)
                Makam Nabi Shuib.
                Laut Mati.
                Citadel Castle.
                Umayyad Palace.
                Archeological Museum Of castle.
                The Roman Amphitheatre.
                Flok Museum at the Roman Amphitheatre..

Madaba:merupakan bandar kelima paling ramai penduduk di Jordan , terletak 30 km di selatan barat ibu negara Amman.

Masjid yang dilawati; Masjid Biru(Masjid Raja Abdullah)

Pusat beli-belah:Bandar lama Amman(old City)

Petra:Terkenal dengan senibina potong batu dan sistem saluran air. Ia adalah simbol Jordan. Terletak di  lereng Gunung Hor, Petra telah menjadi tapak warisan dunia (Unesco) sejak tahun 1985.

Wadi Rum: Mempunyai pemandangan padang pasir/gurun yang menakjubkan.Pernah menjadi lokasi pengambaran filem"lawrence Of Arabia." Anda boleh meneroka kawasan gurun dgn kenderaan 4x4.
               

Isnin, 17 Februari 2014

Umrah Cairo






Pernahkah anda ke kaherah?
Masih teringgat sy dan terkechur air liur betapa manisnya buah oren serta bersarinya isi buah tersebut. Buahnya bukan saja besar (kena pegang dua tangan) tapi murah pula. Jus manggonya yang pekat dan pisangnya yang besar (dua kali ganda pisang malaysia. Biarpun negara padang pasir nampak kering tetapi rakyatnya berusaha menanam tanaman mereka dengan disalurkan paip getah berkapilari supya air sampai kesetiap pokok yang ditanam. Hasilnya memang menakjupkan. Nampaknya air sungai Nil ada sumber utama negeri ni, malang sekali negeri ni sedang bergolak. Ramai student terpaksa balik ke tanah air menyambung pelajaran.

Perjalanan bermula 2 march 2013 bertransit kat Bangkok amat memenatkan apakan tidak,sementara menunggu flight isi penumpang terpaksa pula melalui kastam dan imigresen yg sungguh ketat pemeriksaannya. Segalanya mesti dibuka termasuk kasut. Jemaah lelaki disuruh buka tali pinggang. Lucu juga tenggok seluar ada yang nak terlondeh kebawah. Peristiwa ni berlaku juga waktu pulang ke tanah air.

Perjalanan ke Cairo memakan masa 9 jam 30 minit. Sampai saja di Cairo jemaah dibawa melawat ke Sadat Tomb untuk bergambar. Esoknya ke Fayoum dan melawat Tasik Qarun. Tasek ni kuat bau hanyirnya. Disinilah tempat harta qarun tertanam. Seterusnya melawat masjid Mursi Abu Abbas dan bersolat disitu. Petangnya melawat ke Montaza Palace&Garden.Inilah tempat penginapan King Farouk Last King of Egypt..


Masjid Al-Azhar.


Makam di dalam masjid Al-Hussien

Kelihatan pelajar Malaysia lepak2 dan mengulangkaji pelajaran mungkin nak ambil berkat.Nampak kecil
dan kurus2 pelajar kita.Berjimat makankah? kos belanja tinggikah?dengar cerita ramai yang ikat perut
ashik makan mee maggi .Sempat jua sy bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka.Ternyata mereka gembira bertemu orang senegara.Seterusnya ke masjid Al-Hussien.Terdapat makam di dalamnya
,dikhabarkan disinilah disemadikan kepala Hussein dan badannya di Palestin.
Melawat makam Imam Shafie menjadi hasrat ulung sy ke Kaherah ni,rasa shukur kehadrat Illahi kerana
memakbulkan impian sy.Selama ni mahzab Shafie yang menjadi ikutan kita semua,So sy ambil berkat dari lawatan ni agar sy sentiasa dalam peliharaan Allah Rabbul Allamin.
Seterusnya lawatan ke kilang kristal dan kedai minyak wanggi. KePasar El-Khalili.Di pasar ni terdapat
banyak cenderahati untuk dibawa pulang diantaranya barangan kulit,permata,barangan kayu serta barang buatan tangan.Pendek kata macam2 ada.
Esoknya perjalanan seterusnya ke Iskandariah.Menaiki bas sejauh 240km.Berhenti dan dibawa melawat ke kedai gambar Citadel di Qait Bay.Seterusnya ke perpustakaan terulung dan terkenal di Iskandariah iaitu
Library Of Alexandria.Inilah perpustakaan pertama Kaherah.
Sepanjang lawatan banyak masjid dilawati termasuk Masjid Mursi Abu Abbas.Sebelum pulang sempat jua singgah ke singgahsana Raja Farouk The last king of Egypt.
Besoknya hari terakhir ,sementara menunggu fligt pd malamnya kami dibawa kePapyrus Institute,Salah El-Dien dan Masjid Mohamed Ali.Puas rasanya berjalan di Cairo,Satu je yg tak sedap memandang ialah sampah sarap dibiar merata tempat kalau tak percaya tanya sesiapa yg pernah kesana



Catatan:   Cairo/Kaherah adalah ibu kota Mesir dan bandar terbesar di Dunia Islam,dunia Arab dan Afrika dan kawasan ke 5 terbesar di dunia. Digelar "Kota Seribu Menara." Kaherah sudah lama menjadi pusat kehidupan politik dan budaya di rantau ini. Kaherah diasaskan oleh dinasti Fatimid di abad ke 10.Kaherah juga dikaitkan dengan  Mesir  purba disebabkan oleh kedudukannya yang hampir dengan bandar2 purba Memphis, Giza dan Fustat yang terletak berdekatan dengan Great Sphinx dan Piramid Giza.

                   Alexandria adalah bandar kedua terbesar di Mesir 20 batu disepanjang pesisir pantai laut Mediterranean. Bandaraya pelabuhan terbesar  menjadi tempat impot ekspot dan juga resort pelancongan terpenting.


                        Luxor merupakan sebuah bandar selatan Mesir.memiliki museum terbuka terbesar iaitu kompleks kuil di Karnak dan Luxor di seberang sungai Nil, terdapat monumen kuil dan makam di West Bank perkuburan, termasuk lembah raja2 dan lembah Queens

                                  Aswan adalah satu bandar di selatan Mesir, ia terletak di tebing timur sungai Nil dan menjadi tumpuan pelancong.


Masjid yang di lawati: Masjid Ali Pasha
                                      Masjid Al-Azhar
                                      Masjid Al-Hussein
                                      Masjid Imam Shafie
.

Penyakit Mistri


Semasa pemergian umrah ziarah Turki, sy telah membawa penyakit mistri yg pada mulanya diingatkan penyakit biasa. Kuasa Allah amat besar dan penuh dengan rahmatnya. Kesakitan yang amat sangat sehingga sukar nak duduk. Rasa kaki sangat berat bagai diikat dengan batu. Bayangkanlah untuk melakukan kerja sae yang panjang dengan lelehan airmata. Peliknya tak ada tanda-tanda nak sakit pun. Didalam hati sentiasa mohon petunjuk dari Allah untuk mengubat penyakit mistri ni. Allah ketemukan sy dengan seorang jemaah kashaf. Siapa dia itu? Insan ni adalah jemaah dari singapura dan saya ucapkan terima kasih padanya kerana melaluinya Allah bagi petunjuk. Barulah sy tahu rupanya sy terkena sihir. Bagaimana rasanya membawa iblis ketanah suci? Kata insan kashaf tu, dia nampak sendiri iblis tu meronta-ronta nak keluar dari kaki. Bila pulang ke tanah air sy mendapat pertolongan dari orang kashaf juga hingga pulih. Buat pengetahuan kekawan sy masih lagi berubat dengan memperbanyakkan zikir dan iblis ni akan sentiasa mengganggu kalau kita terleka. Shukur pada Allah dengan rahmatnya saya masih lagi bernafas biarpun setiap hari menanggung kesakitan, mohon Allah kurniakan kesabaran dalam diri ini untuk terus menjadi insan yang sentiasa bertaqwa. Berbagai pengalaman telah saya lalui dan berharap ada hikmah dalam setiap kejadian ini.

Sabtu, 15 Februari 2014

Kembara di bumi Istanbul.




Pernahkah anda ke Istanbul?
nilah Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed.berada diatas bukit dan kalau dilihat
dari atas feri sungguh menakjubkan. 

Hagia sofia adalah bekas sebuah gereja yang dijadikan museum.
Grand Bazaar adalah pasar berbagai manisan dijual. Spice Bazaar pula banyak menjual rempah ratus.

Hagia sofia telah menjadi museum setelah pemerintahan silih berganti. Sungguh unik dan terpegun melihat lukisan dinding yang dilukis pada zaman tersebut. Ramai pelancong datang untuk melihat sendiri binaan dan lukisan yang masih dijaga rapi oleh pihak museum.



 
Hagia Sofia adalah gereja yang telah dijadikan museum. Ramai pelancong datang nak lihat betapa cantiknya lukisan yang telah dilukis bukan saja di dinding tapi diatas silingnya. Unik sungguh lukisan lukisannya.



  


 
Di pasar Grand bazaar terdapat berbagai manisan untuk dipilih. di pasar spice pula berbagai rempah ratus yang segar untuk dibawa pulang.



Suami bersama peserta umrah Turki.



Haji ghazali dan Hajjah Zaiton bergambar bersama Lia peserta umrah.


Setiap inci bumi Anatolia ini memiliki sejarah yang cukup panjang.Di zaman Roman dan Byzantine kepada era kegemilanganIslam Empayar Uthmaniah dan kemunculan Mustafa Kamal Ataturk kepada sebuah negara
Republik.

Setiap inci bumi Anatolia ini memiliki sejarah yang cukup panjang.Di zaman Roman dan Byzantine kepada era kegemilanganIslam Empayar Uthmaniah dan kemunculan Mustafa Kamal Ataturk kepada sebuah negara
Republik.Istana Topkapi bukan saja kediaman Sultan Uthmaniyyah tetapi juga pusat pentadbiran dan pendidikan di Turki.Dibina antara 1460 dan 1478 oleh Sultan Mehmed 11.Istana ini telah diperluaskan dan diubah banyak kali sehingga pertengahan abad ke 19. Di istana ini masih terdapat peninggalan suci Nabi Muhammad.

Khazanah di raja dan juga Imperialis Arkib yang terus dipelihara sehingga kini.Berikutan pemansuhan  monarki Uthmaniah pada tahun 1922.Topkapi Palace telah ditukar menjadi muzium pada 3hb April 1924,
atas pemerintahan Mustafa Kamal Atartuk.

Ankara adalah satu kompleks makam Mustafa Kamal Ataturk pemimpin yang disanjung rakyat Turki sebagai bapa pembanggunan moden. Kompleks yang dibina daripada marmar ni, merupakan kunjungan wajib bagi setiap warga Turki daripada rakyat jelata sehinggalah kepada pemimpin negara.

Cappadocia adalah tempat dimana pelancong boleh menaiki belon panas (dari atas kita boleh melihat keindahan) bumi Cappadocia adalah pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata............
Di Pamukkale terdapat teres air panas yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia olh pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan bangsa-bangsa bersatu. (Unesco)
Kudasasi-Ephesus di Kudasasi merupakan bandar purba terbesar di Turki daripada era Roman.Kota purba yang dipercayai dibina pada 1000 tahun sebelum masihi (3000 tahun dahulu).

catatan:
Istana Topkapi tersimpannya pelbagai khazanah Islam & barangan peninggalan Rasullullah SAW seperti janggut, pedang kesan tapak kaki, jubah & sebagainya.

Dataran Hippodrome: sebuah kawasan peninggalan pahlawan gladiator dahulu kala, digunakan sebagai kawasan untuk acara sukan di zaman dahulu.

Konya: tempat yang menarik adalah:
Muzium Melvana - disinilah peserta boleh melihat kesan-kesan awal pendudukan Islam di Turki.Pelbagai barangan tinggalan Melvana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik dll. boleh dilihat disini. Peserta akan diberi penerangan mengenai tarian Melvana yang terkenal iaitu "wherling Derwish" trian dimana penarinya mamapu berputar untuk satu jangka masa yang panjang.

Sultani Caravanserai: sebuah tempat persinggahan pedagang dulu dalam perjalanan menuju ke Silk Road.

Cappadocia: bandar yang dikenali dengan nama "The Flinstone House."

Ankara:meerupakan pusat pentadbiran Turki yang juga dikenali sebagai "The City Of Ataturk."

Bolu: sebuah kawasan peranginan yang terletak di kakai gunung.

Masjid2 yang dilawati:Masjid Sultan Ahmed (masjid Biru)
                                      Masjid Hijau (Green Mosque) di Bursa.
                                      Masjid Ulu Cami (Grand Mosque)

Pusat beli-belah:Grand Bazaar
                             Spice Bazaar.
                             Silk Bazaar.
                             Kedai barangan kulit (leather Factory)

Pamukkale: sebuah teres air panas dikenali sebagai Cotton Castle.

Cappadocia: kilang karpet,underground City Of Kaymakli, Pasabag Valley Uchisar Village, Goreme openair Museum.