Isnin, 30 Jun 2014
Sejarah itu cerita alam.
Sejarah itu cerita alam.Oarang yang tahu akan kisahnya sangat asyik mendengarnya. Senyum ketawa, merawan hiba dan menangis tersedu-sedu kerana sejarah itu tidak pernah berdusta kebenarannya menimbulkan semangat perjuangan dan menambahkan cinta taqwa kepada Allah.
Alangkah berbahgianya anda mendengarkan cerita sejarah dengan fikiran cendekiawan dan dada yang berilmu. Mendengar tanpa fikiran dan ilmu saja mendengar muzik tanpa irama dan lagu.
Orang melihat Kaabah, anda melihat Kaabah. Orang memanjat Jabal Nur anda memanjat Jabal Nur.Orang minum air Zam-Zam anda minum air Zam-Zam.Namun Kaabah yang anda lihat tidak serupa dengan orang berilmu melihatnya. Jabal Nur penuh cahaya gemerlapan, anda memandangnya gelap-gelita. Air Zam-Zam rasanya nikmat dan manis, tapi anda meminumnya terasa hambar dan payau.
Allah berfirman yang bermaksud :" Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"
Mudah-mudahan Allah memberi taufik dan hidayah hendaknya.
Wabillahi taufiq.
Ahad, 22 Jun 2014
Masjid Nabawi serta sejarah...............
" Sesiapa yang menziarahi kuburKu tetaplah beroleh syafa'atKu"
"Sesiapa yang datang mengerjakan haji tetapi tidak datang menziarahiKu, maka sesungguhnya
ia renggang dariKu"(bencikan aku)
Demikianlah sabda-sabda Baginda RasulullahSAW yang menarik minat kita untuk berziarah ke Madinah menziarahi Makam Rasulullah saw dan bersembahyang di dalam masjidnya.Siapakah yang tak sudi menerima syafa'at Rasulullah di akhirat nanti? Siapakah umat Muhammad yang mahu dipandang benci oleh rasulnya?
Ketika anda melihat Masjid Nabawi itu dan bersembahyang di dalamnya, tahukah anda sejarah masjid itu apa-apa cerita yang menarik mengenainya?
Sejarahnya bermula......................
Sejarahnya bermula apabila kesampaian Nabi dari Makkah ke desa Quba'(hijrah). Usia Nabi ketika itu 53 tahun setelah 13 tahun menjadi Rasul.Peritiwa bersejarah yang amat penting ini berlaku dalam thn 622 masihi. Nabi tiba di Madinah dalam bulan Rabiul Awal tahun pertama Hijrah.
Nabi sampai di Quba' bersama sahabatnya Sayidina Abu Bakar dan bekas hambanya setelah mengharungi lautan padang pasir selama 7 hari 7 malam.
Setelah mendirikan masjid di desa Quba' itu, yang kemudiannya dikenali sebagai masjid pertama dalam Islam. Nabi meneruskan perjalanannya menuju ke Madinah (sebelumnya bernama Yasrib) dengan diiringi ratusan penduduk desa Quba'. Apabila sampai di sebuah Wadi(lembah) kebetulan masuk waktu zuhur dan berbetulan pula hari Jumaat.Maka Nabipun memerintahkan pengikutnya bersembahyang Jumaat. Sebelum bersembahyang Jumaat Nabi berkhutbah.Itulah khutbah kali pertama sembahyang Jumaat dan khutbah dilakukan dalam sejarah Islam.Selepas sembahyang Jumaat Nabi meneruskan perjalanan ke Madinah.
Ketika Nabi masuk ke kota Madinah ramai yang menuggu dan menggalu-alukannya.
Beberapa orang datang berebut-rebut menarik tali unta Nabi dan semuanya mengajak Nabi singgah menumpang atau menetap di rumah mereka.Melihat itu nabi tersenyum dan menolak dengan baik sambil berkata "biarlah unta ini berjalan kemana dia suka, kerana ia sudah ditugaskan........"
Unta Nabi tiba-tiba berhenti di hadapan rumah Bani Ardi Bin Ibnu Najjar Nabi pun bersabda "agaknya di rumah inilah tempat tinggalku di Madinah". Dengan kehendak Allah rupanya Bani Ardi itu masih ada hubungan keluarga dengan Nabi sebelah ayahnya.Kebetulan di hadapan rumah Bani Ardi itu terletak rumah Abi Ayub Al-Ansari. Di rumah Abi Ayub inilah Nabi menumpang tinggal selama 12 hari.
Selama Nabi menumpang di rumah Abi Ayub,ramailah penduduk Madinah datang berziarah beramah mesrasalah seorangnya bernama Abu Umamah Sa'ad b.Zurarah yang berkerabat dengan dua anak yatim bernama Sahal dan Suhail bin Amru. kedua anak yatim tersebut ada sebidang tanah yang ditawarkan oleh Umamah sebagai hadiah kepada Nabi jika Nabi berhajat hendak mendirikan masjid.
Nabi enggan menerima tawaran itu kerana tanah itu kepunyaan anak-anak yatim,bukan kepunyaan Umamah.Sebaliknya Nabi mencadangkan supaya tanah itu dijual kepadanya berharga 10 dinar dan wang itu diberikan kepada anak-anak yatim itu. Setelah di dirikan masjid diberi nama Masjid Nabawi
Untuk mendirikan masjid tersebut Nabi sendiri menjadi jurubinanya beserta pengikut2nya yang sekian ramai. Nabi sendiri mengangkat tanah,pasir batu dan bersama bergotong-royong.perbuatan Nabi menjadi buah mulut para penduduk, pembesar serta orang-orang kaya.Masjid Nabawi telah dapat disiapkan dalam masa yang singkat kira2 12 hari.Tetapi keadaannya sangat sederhana bahan-bahannya dari apa yang ada disekelilingnya ,tiang-tiangnya dari pohon kurma,pasir bercampur kapur dan batu-batu merah dari gunung-ganang berdekatan.Disini jualah didirikan bilik2 untuk kedua isteri nabi yaitu Saudah dan Aisyah beserta dengan asrama anak yatim yaitu SUFFA.
Masjid Nabawi bukan saja tempat beribadat tetapi dijadikan jua sebagai tempat pertemuan,dakwah menyusun masyarakat markas tentera dan sebagainya.Masjid Nabawi telah diperluaskan dan diperindahkan lagi .Kini didirikan kubah hijau dimana dibawahnya tempat Makam Rasulullah,Abu Bakar dan Umar.Terdapat pintu2 yang diberi nama yang indah2 seperti Babul Rahmah dan Babul Nisak yang dibuat khas untuk kaum wanita keluar masuk.
Nabi memberitahu kelebihan Masjid Nabawi seperti berikut:" Bahawa sesiapa yang bersembahyang 5 waktu sebanyak 40 waktu tidak pernah luput walau satu waktupun di masjidKu,nescaya dilepaskan dari azab neraka dan azab kubur".
Dinyatakan jua bahawa sembahyang di Masjid Nabawi adalah pahalanya seperti seribu kali(1000 kali) sembahyang di tempat lain melainkan di Masjidil Haram di Mekah.Puasa sebulan di Madinah di bulan Ramadan seumpama berpuasa seribu bulan ditempat lain.Bersembahyang Jumaat di Masjid Nabi adalah seumpama seribu kali sembahyang Jumaat ditempat lain.Maka cintailah Madinah bumi yang penuh berkat.
Khamis, 12 Jun 2014
Jabal Uhud.
Jabal Uhud
----------
Terletak di sebelah utara Madinah tanahnya merah bak darah seperti di sirami darah memang berbeza benar dari gunung-gunung yang terdapat di negara kita, Sebenarnya anda di bawa berziarah ke satu medan peperangan yang hebat lagi dahsyat antara tentera-tentera Islam dibawah pimpinan Baginda dengan tentera Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufyan.
Kehebatan perang Uhud ini terletak kepada adanya panglima Khalid Ibnu Walid yang termasyhur gagah lagi perkasa,serta bijaksana.Dalam peristiwa tersebut tentera2 Islam telah melanggar arahan Nabi supaya tidak meninggalkan kubu pertahanan,Ini adalah kerana tentera Islam sibuk merebut harta rampasan .Akibatnya Khalid Ibnu Walid dari pihak lawan telah mengambil peluang menyeraang tentera yang sedang leka dan lalai.Tentera Islam menjadi kelam kabut akibatnya gugur syahidlah bapa saudara Nabi iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib yang ditombak oleh hamba Abu Sufyan iaitu Wahsyi.Dalam peristiwa itu Nabi ditimpa tragedi
patah giginya, luka-luka di wajahnya dan terbelus kakinya ke dalam lubang.
Perang Uhud pada hakikatnya adalah dendam kesumat orang2 Musyrikin terhadap orang Islam kerana mereka kalah dalam peperangan Badar.Sebagai bukti mayat Hamzah yang telah dibunuh dibelah perut dan dikeluarkan hatinya oleh isteri Abu Sufyan dan memamahnya.Alangkah dahsyatnya.!
Perang Uhud juga mencerminkan betapa cinta dan kasihnya umat Islam terhadap rasulnya. Seorang wanita Islam yang berani menghunuskan pedangnya disamping Nabi dan Abu Dajnah membongkok menjadi perisai
bagi mengelakkan anak2 panah terkena Nabi.Akibatmya belakang Abu Dajnah bercerancang dengan anak panah yang melekat ditubuhnya. Gugurlah dia sebagai mati syahid,Allah jadikan tanah dan Bukit Uhud merah=kemerahan melambangkan warna darah pejuang2 yang syahid yang ketuai oleh Hamzah bin Abdul Mutalib.
Pandanglah Gunung Uhud dengan mata sejarah,
Tanpa disedari dalam leka ........air mata tumpah !
Masjid Qiblatain.
Masjid Qiblatain
----------------
Terletak di tengah-tengah perkampungan Bani Salamah iaitu di baratdaya Madinah.
Perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menukar Qiblat solat daripada Baitulmaqdis di Palestin ke arah Kaabah dalam Masjid Haram di Mekah.
"Sesungguhnya kami melihat muka kamu sering mendongak ke langit, maka benar kami akan memalingkan kamu ke Qiblat yang kamu sukai.Palingkanlah mukamu ke arah Masjid Haram.Dan dimana saja kamu berada palingkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberi Al-kitab(Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjid Haram itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka dan Allah SWT sesekali tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.
(surah Al-Baqarah ayat 144).
Masjid terapong Jeddah
Masjid Quba'
--------------
Masjid Quba' terletak di sebelah baratdaya Kota Madinah kira2 40minit berjalan kaki atau 3 setengah kilometer jauhnya.Masjid Quba' masjid pertama dalam sejarah Islam yang didirikan oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW dengan titik peluhnya sendiri.
Masjid Quba' juga melambangkan kegigihan Nabi dalam tugasnya sebagai pemimpin Islam yang ingin melihat keagungan Islam di Madinah yang kemudiannya muncul sebagai pusat kerajaan Islam yang memancarkan cahayanya ke seluruh pelusuk dunia.
kegigihan itu terbukti betapa Nabi tanpa bertempoh sehari-duapun ketika itu baru saja sampai dari Mekah, mengharungi lautan padang pasir selama 7 hari 7 malam bersama sahabat setianya Abu Bakar dan bertemankan seorang penunjuk jalan,bekas hamba Abu Bakar yang dimerdekakan
Setelah mendapat izin dari tuan tanah bernama khalthum bin Hilmi Nbi segera mendirikan Masjid Quba' dibantu oleh Abu Bakar,bekas hambanya dan penduduk2 desa Quba'yang bersimpati dengannya.
Dalam tampoh 4 hariMasjid Quba' telah berdiri dengan wajah yang begitu sederhana,sesuai dengan modal dari bahan2 alam sekeliling yang wujud,batang2 pohon kurma dibuat tiang pelepah dan daunnya di buat atap dan batu2 pejal bewarna merah itu dijadikan tembok tanpa simin
Kenapa Quba' menjadi pilihan Nabi untuk masjid pertamanya?
Ini adalah kerana ianya sebuah tempat persinggahan dan rehat pedagang2 Arab ketika itu.Selain itu ianya sebuah desa yang sangat subur tanamannya serta banyak mata air yang jernih.
Sekarang Masjid Quba' setaraf dengan masjid2 lain di dunia dan telah dipermodenkan tetapi kesan sejarah yang hebat membuatkan ianya terkenal di kalangan umat Islam sedunia.
Rasulullah bersabda:" Sesiapa yang berwuduk dari rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat,akan diberi ganjaran pahala seperti pahala mengerjakan Umrah",Allah SWT berfirman" Inilah masjid yang didirikan atas dasar taqwa". Masjid ini dikenali juga dengan masjid ke empat termasyur selain Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil-Aqsa.

Mari berkunjung ke Madinah Al-Munawwarah.
Masjid Nabawi
Pertama kali menjejaki kaki di Kota Madinah Al-Munawarah, pada tahun 1990 ketika berusia 26 tahun ketika menunaikan haji pertama.panggilan haji kedua pada 2011 kemudian melakukan ibadah umrah pada sekitar 2012, 2013, 2014 kalau diizinkan Allah akan berkunjung lagi pada masa akan datang......InsyaAllah.
Kunjungan ke Madinah sesuatu yang sukar dilupakan apa tidaknya di bumi berkat inilah tempat persemadian Nabi junujungan kita Nabi Muhammad SAW.Apabila berada di Madinah hati terasa tenang yang amat sangat sehingga saat ini hati masih rindu akan menziarahi makam Nabi SAW .
Kepada sahabat yang masih belum berkunjung ke Madinah ada sedikit info dari saya moga menjadi rujukan sesama insan InsyaAllah.Ringankanlah lidah untuk berselawat.
Menziarahi makam Nabi.
================
Berziarah ke Madinah Al-Munawwarah dengan tujuan hendak menziarahi RasulullahSAW dan Masjid Nabawi adalah sangat digalakkan.Beberapa Hadis ada menyebutkan tentang perkara ini, antara lain bermaksud:
Sesiapa yang datang ,enunaikan fardu haji tidak menziarahiKu.maka sesungguhnya dia telah membenciKu
Sesiapa yang menziarahiKU setelah kematianKu adalah serupa dengan menziarahiKu semasa hidupKu
Sesiapa yang menziarahi kuburKU,pasti dia akan memperolehi syafaatKu.
Ketika berziarah eloklah menjaga adab2:
1) berniat menziarahi Rasulullah sawdengan seikhalasnya.
2)memperbanyakkan selawat.
3)Apabila sampai berdoalah:Ya Allah, negeri ini adalah tanah haram RasulMu, maka jadikanlah ia penjaga bagiku dari neraka, selamat dari siksa dan perhisaban yang buruk diakhirat kelak..
4)Masuk masjid dengan langkah kanan serta bacalah doa masuk masjid.(doa tertentu)
5)Teruslah menuju ke Raudhah iaitu di antara Mkam Rasulullah dan mimbar.
6)Lakukan solat sunat Tahiyat Massjid 2 rokaat, Setelah selesai berdoalah dengan hati yang kyusuk' dan tawadhu' dan ingatlah kebesaran Allah dan ucapkanlah salam pada Rasulullah dengan penuh hormat.(baca doa tertentu)
7)Jika ada orang berkirim salam sampaikan salam dengan mengucapkan:
Assalam......padamu Ya Rasulullah daripada,,,,,,,bin................
8)melangkah kekanan sehasta ucapkan pula pada sahabat Nabi Abu Bakar Assiddiq.
(doa tertentu)
9)Melangkah kekanan sehasta ucapkan salam buat Umar Ibnul Khattab(doa tertentu)
10)Kembali ke Makam Nabi,berdoa dan dan bertaubat untuk kebaikan diri sendiri, ibubapa keluarga dan lain2 di Raudhah.(doa tertentu)
11)Akhir sekali ,bila kita hendak meninggalkan Kota Madinah,lakukanlah ziarah sekali lagi untuk mengucapkan selamat tinggal.Bacalah doa tertentu buat Nabi serta kedua sahabatnya iaitu Abu Bakar dan Umar.

Isnin, 2 Jun 2014
Masjid Sultan Ahmed Turki
_____________________
Berebutlah kita mohon redha Allah.
__________________________
Orang mukmin yang menyembah Allah swt mestilah mengenal Allah dan solat yang yang disembahkannya itu sempurna, penuh dengan kusyuk, merendah diri .Betapa ramai orang yang mengerjakan solat, pemikirannya melayang ke sana ke mari sehingga terkadang-kadang lupa bilangan rokaatnya dilupakan dan bacaan-bacaannya disalahkan, dan seterusnya.Padahal Rasulullah saw banyak meninggalkan pesan dalam urusan solat ini, yang di antaranya ialah; Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNnya dan jika engkau tidak melihatNnya.Maka Allah SWT tetap melihatmu!.
Haruslah kita bersatu.
________________
Orang orangMuslimin sepatutnya haruslah bersatu-padu dan janganlah berpecah-belah.Itulah yang sepatutnya di laungkan demi Islam tercintaApabila Islam sudah teguh,orang2 bukan Islam akan memandang kaum muslimin itu kuat dan menghormatinya Semangat ukhuwah Islamiah, yakni semangat persaudaraan keislaman global kerana agama Islam adalah agama internasional.bukan kerana warna kulit dan ukuran darjat pengganutnya?.
Ianya macam menjadi satu tubuh,jika satu anggota sakit sakitlah semua anggota lain akan merasa jua.
Nasihat
______
Memberi nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin untuk membetul dan mengikut pemerintahan Islam sebenar dan adil.

Apabila lidah berbicara.
Sungai Nil Kaherah
_______________
Apa yang dibenci oleh Allah Subhanawa Ta'ala.
Berbicara yang tidak ada faedah, sebab lisan itu ada banyak bencananya dan jika lisan itu tidak digunakan untuk apa yang ia ciptakan tuhan, ia akan menimbulkan banyak hal yang sia-sia pada hal yang sia-sia itu membawa dosa dan dosa itu dibenci Allah dan akan dibalalas dengan siksaan yang pedih,Jadi kalau begitu lebih baiklah kita gunakan lisan itu untuk apa yang diredhai oleh Allah seperti berzikir, membaca Al-Quran,menuntut ilmu dan mengajarnya kepada orang lain,memberi nasihat yang baik dan meinggalkan apa yang dibenci oleh Allah.
Banyak bertanya??????
_____________
Banyak bertanya hal-hal yang tidak berfaedah pada diri sendiri atau pun pada kenalan selain akan menimbulkan kemarahan teman atau taulan juga akan menghilangkan masa dan tenaga pada perkara2 yang tidak mendatangkan faedah bagi diri sendiri.Bukankah lebih baik dia mempersoalkan dirinya sendiri serta mencerminkannya dalam kacamata baik dan buruknya sewaktu masih sempat dan masih hidup di atas muka dunia yang fana ini.Tiada orang yang akan mengaku dirinya bersih dari dosa dan tidak membuat kesalahan terhadap Allah dan terhadap manusia.Maka wajarlah dia menyibukkan dirinya membetulkan kesilapan umpamanya meminta maaf atas kesalahan lalu yang terlanjur, mengambil hak orang secara aniaya dan sebagainya
. Laut Marimara Turki
________________
Bagaimana anda membelanjakan harta anda???
Harta adalah kurniaan Allah SWT.Bukankah manusia nanti akan ditanya tentang hartanya?
Dimana dia membelanjakanya? Jadi sayugialah kita memberikan perhatian sehalus-halusnya kepada perkara ini,sebab harta itu dalam pandangan Allah adalah pinjaman.Jadi, kalau barang pinjaman itu, kita buat sesuka hati, bukankah kita mesti menjamin dan mengganti?Dari mana kita hendak mengganti nanti ketika dibicarakan oleh Allah SWT di hari pembalasan?Barangkali kita terpaksa mengorbankan segala kebajikan kita agaknya? Apa yang akan terjadi, apabila kita sudah bengkerap, tidak punya kebajikan lagi?
Bagi mukmin yang pintar, sepatutnya menjadiakan harta itu sebagai tebusan dirinya di hari kiamat kelak, tetapi tebusan itu haruslah dibayar dulu dimuka dunia ini dengan membuat berbagai kebajikan yang diredhai oleh Allah SWT.

Ahad, 1 Jun 2014
Sifat malu.
Istana Raja Farouk di Cairo
______________________
Sifat malu itu adalah sifat mulia yang wajib disifati oleh sesiapa saja yang mengaku dirinya Islam, sebab ia menunjukkan kemuliaan hati orang yang menyifatinya dan kesempurnaan kelakuannya dan yang demikian itu adalah satu kurnia kelebihan yang diberikan Tuhan kepada manusia .Lantaran itu mestilah kita meletakkan perhatian sepenuhnya kepada sifat malu itu, kerana ia adalah budipekerti Islam,sebab itu mestilah seorang Islam mensifati.Rasulullah SAW sendiri adalah seorang yang sangat pemalu dan sangat merendah diri yang mana kedua sifat ini biasanya duduk sebelah menyebelah,tidak terpisah antara satu sama lain, maka jangan lupa malu kepada Allah hendaklah berlebih lagi sebab malu pada manusia itu lahir, dapat dikesan semua orang yang memandang, jangan sampai pula malu kita kepada Tuhan tiada sama sekali atau berkurangan daripada malu kita kepada manusia.
Sifat malu itu daripada iman,kerana iman itu tempatnya di hati di mana ia dapat dilihat dan diketahui oleh Allah ta'ala saja. Betapa banyak manusia di hadapan manusia lain berlakun baik segala-galanya, sempurna tata tertibnya, cukup rukun amal ibadatnya, terjaga tutur lisannya, terpelihara tujuan pandangannya dan sebagainya tetapi dibelakang manusia dia berlakun seperti syaitan dan iblis. Semua itu kerana ia tidak bersifat malu lahir dan batin dan tidak malu itu kerana tidak punya kesempurnaan iman.Awaslah dari berkelakuan seperti itu!

Langgan:
Catatan (Atom)