Jumaat, 30 Mei 2014

Apa itu taqwa.



Pengertian taqwa
_____________
Ada yang mengatakan; barang siapa yang bertaqwa kepada Allah dalam menunaikan ketaatan kepadaNya, akan dijadikan Allah baginya jalan keluar daripada segala macam dosa dan maksiat, kesalahan dan keterlanjuran danakan dimudahkan baginya keselamatan daripada azab dan siksanya dengan cara yang tidak disangka-sangkanya.

Pengertian lain pula;barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah ketika menundukkan diri dan bertaubat kepadanya dengan rasa kesal dan ratapan hati, akan dijadikan Allah baginya jalan keluar daripada kesulitan (perkiraan) diakhirat dan akan dikurniakan baginya keselamatan di dunia dan akhirat dengan cara2 yang tidak diduga.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan meninggalkan segala yang dilarang Allah dari hal yang haram dan syubhah akan dijadikan Allah baginya jalan keluar daripada segala macam keinginan serong dan syahwat danakan diberikan rezeki kemanisan ketaatan dengan cara yang tidak diduga2.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ketika menyatakan yang benar,tanpa bimbang celaan sesiapa pun akan dijadikan Allah baginya jalan keluar daripada tipu daya manusia dan kejahatan dan akan diberinya kemenangan dari segala bahaya dengan tidak terduga.

Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah dengan meninggalkan penggantungan kepada selain daripada Allah akan dijadikan baginya jalan keluar dari memperhambakan diri kepada selain Allah, dan akan diberikannya rezeki kebenaran dan keikhlasan dengan cara yang tak terduga.

Dalam sabar dan syukur.

                                         Uzbekistan -udaranya nyaman dan tenteram.


Sesungguhnya khabar daripada Nabi SAW berbunyi bengini; Sesungguhnya awal pertama yang dicatitkan oleh Allah ta'ala didalam Lauh Mahfuzh  "Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulllah", siapa yang menyerah pada qada'ku dan bersabar atas balaku dan bersyukur kepada nikmat2ku kan aku catitkan namanya sebagai Shiddiq (amat benar) dan akan aku bangkitkan dihari kiamat bersama2 orang shiddiqin. Dan siapa yang tidak redha dengan qada'ku,dan tidak bersabar atas balaku dan tidak bersyukur terhadap nikmat2ku, hendaklah dia memilih Tuhan selainKu!




Redhalah dengan ketentuan Illahi
_________________________
Memohon doa kepada Allah dijauhkan kita dari sifat2 yang buruk atau keadaan yang tidak baik bagi diri kita,kerana takdir Allah ta'ala itu tiada siapa yang dapat menekamya.Dan hidup di dunia ini tidak selalunya sama saja, ada senang dan ada susah dan seterusnya.Lantaran itu Nabi SAW menyuruh kita agar selalu memohon Allah ta'ala untuk mentakdirkan hal yang baik2 bagi diri kita serta berlindung diri kepada Allah ta'ala daripada hal yang buruk dan dari segala bala dan bencana.

Sementara itu, apa yang ditakdirkan Tuhan keatas diri manusia itu, hendaklah dia menerimanya dengan baik dan redha atas takdir yang ditetapkan Tuhan keatasnya . Bersabarlah dan tidak bersungut atau meratapi diri atas takdir yang tidak disenanginya itu.Manusia tidak punya pilihan dalam soal takdir itu bahkan takdir yang ditentukan itu pasti ada hikmahnyayang terselindung,yang tidak terbayang hakikatnya pada pandangan hati manusia yang biasa.Terimalah takdir dari Allah dengan sabar biar betapa pahit sekalipun.

Keinsafan yang timbul apabila melihat kesusahan dan penderitaan orang lain membuatkan kita lebih bersyukur dan sentiasa redha akan takdir Allah Ta'ala/ Insya Allah dengan bertenang dan bersyukur serta selalu mengingati Allah akan terjauhlah kita dari musibah.

Semua takdir itu adalah cubaan bagi manusia daripada Allah ta'ala, untuk membezakan antara hambanya yang bersabar dan bersungut,antara yang bersyukur dan yang ingkar kerana sifat manusia itu menerima apa saja yang ditetapkan oleh Allah,maka barang siapa yang patuh dan redha, nescaya akan dikasihi oleh Allah dan diberikan balasan yang baik..

Selasa, 6 Mei 2014

Jauhilah maksiat.

Hukum orang yang melakukan maksiat.
_____________________________
Orang2 yang melakukan maksiat (membuat dosa), mereka masih dikira seorang yang beriman dan masih tetap beragama Islam. Mereka terkeluar dari agama Allah jika mereka tidak menghalalkan (mengharuskan) perbuatan2 maksiat (dosa) itu.
Dalam masaalah ini al-Imam al-Nawawi berkata, mengikut Mahzab Ahli Sunnah Wal Jamaah, mereka yang mati dalam agama Islam dan beriman dan mereka yang terselamat dari perbuatan maksiat,seperti kanak2 dan orang gila dan orang telah bertaubat daripada syirik (telah mengucap dua kalimah syahadah) atau telah bertaubat dripada perbuatan2 maksiat dan mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut (taubat nasuuha),mereka terus dimasukkan ke dalam syurga dan tidak dimasukkan kedalam neraka.


Mati tanpa taubat.
_____________

Orang2 yang beriman yang melakukan perbuatan2 maksiat dan mereka mati tanpa bertaubat (sebelum sempat bertaubat) mereka itu adalah terpulang kepada Allah Taala. Jika Allah menghendaki untuk memaafkan dosa mereka , Allah akan memaafkannya dan memasukkan mereka ke dalam syurga.
Sebaliknya, jika Allah menghendaki untuk menyiksa mereka, maka Allah memasukkan mereka ke dalam neraka mengikut kadar yang dikehendakiNya, kemudian Allah keluarkan mereka itu dari neraka itu dan dimasukkan kedalam syurga.Mereka itu tidak kekal selama2nya di dalam neraka kerana mereka mati di dalam agama Islam dan beriman, iaitu mereka mati dalam mentauhidkan Allah.
Justeru itu, seseorang yang mengerjakan perbuatan2 maksiat tidaklah terbatal dua kalimah syahadatnaya dan menyebabkan mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya, kerana mereka itu masih dikira orang yang beriman dan beragama Islam dan belum terkeluar dari agama Allah.
            Dalil hadith  daripada Othman r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda; Sesiapa yang mati dan ia mengetahui (mengaku) bahwa sesungguhnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, maka ia akan masuk ke dalam syurga.
             (Sahih Muslim Syarah an-Nawawi)

             Dalil hadith; daripada al-Ma'rur bin Suwaid katanya; Nabi SAW bersabda: Telah datang malaikat Jibrail a.s. menyampaikan berita gembira: sesiapa yang mati dari umat engkau (Ya Muhammad)yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu (mentauhidkan Allah) akan dimasukkan ke dalam syurga. Lalu aku bertanya: "sekalipun ia berzina dan mencuri?" Jibrail menjawab "Ya................sekalipun ia berzina dan mencuri".
              Muttafaq Alaih (Bukhari dan Muslim.)
         
              Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah bersabda:  Masuk ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka.Kemudian Allah Taala berfirman: keluarlah kamu mereka yang ada di dalam hatinya iman seberat biji sawi.
 Hadith tersebut  tegas menyatakan menyatakan sesiapa yang menyekutukan Allah tempatnya dineraka dan mereka kekal selamanya..